Nuffnang

Wednesday, September 18, 2013

Takziah kepada Chegubard dan Anak Buah


Gagal dan Gagal.Jelajah Bantah TPPA hanya berjaya membuat sampah dikawasan sekitar.Tiada sambutan kerana penyokong PR sudah fobia dengan putar belit Chegubard sewel.Mereka sudah masak dengan demo bodoh macam ni.Ceramah,kutip derma dan bersurai.Tiada hasil apa apa.




Tiada ungkapan paling sesuai selain BODOH BERTINGKAT perilaku mereka.Mereka hanya mahu perhatian sedangkan TPPA ini juga dibantah oleh mantan PM kita iaitu Tun Mahathir Mohammad.


KUALA LUMPUR 28 Ogos - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memorandum yang mengandungi kira-kira 70 garis merah atau kepentingan tidak boleh ditolak ansur itu adalah hasil persidangan meja bulat TPPA bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berakhir semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd. Nizam Mahshar berkata, pihaknya tetap bertegas bahawa TPPA bakal menggugat ekonomi, kesejahteraan sosial, kedaulatan negara selain memberi impak besar kepada sektor-sektor utama antaranya industri kecil dan sederhana, peluang-peluang perolehan, harta intelek dan pertanian.

''Setelah mengadakan persidangan meja bulat TPPA bersama Tun Dr. Mahathir dua hari lalu, MTEM bersama-sama Badan Bertindak Bantah TPPA sebulat suara membantah perjanjian itu dan menyaran kepada kerajaan untuk tidak menandatangani TPPA.

''Sekiranya pada 2007 dahulu kerajaan menolak perjanjian itu kerana ada 58 garis merah yang diputuskan Kabinet, saya amat berharap perkara tersebut masih dipertahankan hari ini,'' katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan TPPA kepada Najib pada majlis Sepetang di Aidilfitri 2013 bersama Perdana Menteri anjuran MTEM di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh; Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ahli Pemegang Amanah MTEM, Rizal Faris Mohidden Abd. Kader.

Dalam pada itu, Mohd. Nizam berkata, antara kebimbangan utama MTEM terhadap pelaksanaan TTPA ialah dalam bahagian pelaburan.

''Perjanjian itu memberi kelebihan dan kepentingan kepada syarikat asing berbanding syarikat tempatan serta tidak membenarkan polisi afirmatif sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB).

''Dalam perjanjian itu juga akan ada bahagian Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) yang membabitkan kedaulatan negara kerana syarikat asing boleh membawa kerajaan Malaysia ke mahkamah negara asing sekiranya terma perjanjian tidak dipatuhi,'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, MTEM berharap dapat terlibat secara langsung dalam jawatankuasa yang membuat analisis kos-faedah (CBA) terhadap perjanjian tersebut.


P/S : Jangan sampai kita diperbodohkan oleh kebodohan Chegubard n kroni mereka.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment