Nuffnang

Friday, April 5, 2013

Taktik PR Desak Guna Dakwat Kekal



Malaysia bukanlah negara yang sempurna, tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa tidak ada apa yang terlalu signifikan yang perlu diperjuangkan di negara ini melainkan perjuangan untuk memperkasakan jati diri rakyatnya.  Secara dasarnya, negara ini sudah cukup lengkap bagi membolehkan ia berfungsi dengan aman, stabil, makmur dan sejahtera.  Apa yang perlu hanyalah penambahbaikan sahaja dan bukannya perubahan drastik.

Kedudukan negara yang ‘lengkap’ inilah yang menyukarkan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan iaitu dari segi mencari isu yang cukup penting untuk dijuarai.

Justeru, mahu tidak mahu mereka terpaksa memfitnah, mencipta isu atau menimbulkan isu daripada sesuatu yang bukan isu, untuk diperjuangkan.   Oleh kerana isu yang ditimbulkan bukanlah isu yang ‘genuine’, maka ia selalunya membawa akibat yang buruk atau merugikan sahaja.  Contohnya, isu ISA dan isu dakwat kekal dalam pilihanraya.

Sedangkan, kedua-dua isu ini  bukanlah satu isu, buktinya ia tidak pernah menjadi masalah kepada negara dan rakyat selama ini.  Malah negara terus tumbuh dan berkembang maju dengan amalan demokrasi yang cemerlang, serta sentiasa aman dan stabil sama ada dengan kewujudan ISA mahupun tanpa penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya.  

Oleh itu, sejak dari awal lagi kita meragui desakan pembangkang yang ingin sangat menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya.  Sedangkan sistem itu adalah ‘primitif’, terdedah kepada berbagai cara manipulasi dan tidak effisien.   Hairan sekali kita apabila pembangkang bermati-matian memperjuangkannya sambil menolak sistem biometrik yang lebih canggih dan ‘reliable’.  Baca Selanjutnya

No comments:

Post a Comment