Nuffnang

Monday, April 8, 2013

Pengerusi Agama Minda Pondok bidas Nik Aziz


'Nik Aziz lakukan fitnah besar' Ulama Apa Macam Ni Lidah Tak Terjaga?

 Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membuat fitnah besar apabila mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala.

Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu amat mengelirukan masyarakat kerana dibuat dengan dakwaan UMNO menolak dasar Islam.

"Orang UMNO adalah orang Islam, mereka mengucap dua kalimah syahadah dan solat mengikut hukum Islam, malah dalam Perlembagaan UMNO pun diletakkan asas untuk menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan agama Islam.

"Tetapi apabila kita melihat Pas, mereka tidak boleh lagi diharapkan untuk menjaga agama Islam selepas tahalul siyasi dengan DAP, malah mereka mengikut telunjuk DAP sehingga sanggup menggugurkan kedudukan kalimah Allah dan perjuangan hukum hudud," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz terus mencetuskan kontroversi dengan mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.
Menurut Mohd. Syamsul, ulama-ulama pondok di Kelantan sudah tidak percaya lagi kepada Pas dan memilih bersama dengan UMNO demi menjaga masa depan agama Islam dan bangsa Melayu.

"Nik Abdul Aziz telah melakukan fitnah besar terhadap UMNO dan umat Islam wajib menolak pemimpin seperti ini," katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya, kenyataan Nik Abdul Aziz tersebut boleh membawa perpecahan kepada umat Islam di negara ini kerana menimbulkan sifat ketaksuban dan fanatik pengikut Pas."Kesannya amat berbahaya kerana akan membawa kepada sembahyang dua imam dan kita telah melihat apa yang berlaku selepas amanat Haji Hadi membawa perpecahan yang besar," katanya.

Tegas Harun, Pas tidak layak lagi memperkatakan mengenai perjuangan Islam apabila merelakan kehendak DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kalimah Allah digunakan oleh golongan bukan Islam.

"Umat Islam wajib mentauhidkan Allah dengan menafikan tuhan-tuhan selain Allah, kalau sokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam itu, maknanya mereka reda dan subahat, sedangkan syirik adalah dosa besar yang tidak diampuni Allah," katanya

No comments:

Post a Comment