Nuffnang

Friday, April 5, 2013

Pakatan Benarkan Kalimah ALLAH diguna Kristian



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan, seperti dipersetujui parti-parti pembangkang pada 8 Jan lepas.

Malah beliau berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyiapkan draf berhubung perkara itu pada Januari lepas yang antara lain menyatakan orang Islam tidak boleh mempertikai kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam dan mereka tidak boleh menghina kalimah itu.

"Seperti contoh apabila saya memaklumkan kepada Naib Presiden Parti, Tian Chua mengenai mesyuarat esok dan dijawab Tian Chua insya-Allah. Ini bukanlah satu yang menghina," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Ketetapan pakatan pembangkang itu bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, yang memutuskan pada 2008 bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci bagi agama dan umat Islam.

Majlis Syura Ulama Pas juga pada 13 Januari lepas juga memutuskan keputusan yang sama.

Isu itu timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu dalam perutusan Krismas tahun lepas.

Ekoran keputusan Majlis Syura Ulama Pas, ditambah dengan kecaman daripada mufti-mufti dan cendekiawan Islam, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz, yang sebelum itu bersetuju dengan DAP akhirnya akur dan menarik balik kenyataan mereka.

Malah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebelum ini berkata haram bagi umat Islam membuka ruang untuk orang bukan Islam mempersenda kebesaran Allah.

Mohamad Shukri berkata, Kelantan menguatkuasakan Seksyen 9 Bahagian 1 dan 2 Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1981 melarang perkataan dikaitkan dengan agama bukan Islam.

Katanya, kalimah Allahuakbar antara 10 kalimah yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Bahagian 2 iaitu perbahasan (bahasa) yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Enakmen sama turut dikuatkuasakan di sembilan negeri iaitu Terengganu sejak 1980, manakala Kedah, Melaka, Perak dan Selangor sejak 1988, diikuti Pahang (1989), Negeri Sembilan dan Johor pada 1991.

Sumber

1 comment:

  1. Tian Chua jawap Insya-Allah... Mari kita ungkaikan satu persatu:

    1) InsyaAllah bermaksud "Dengan Izin Allah"
    2) Adakah Tian Chua percaya kepada Allah yang Satu? atau
    3) Allah yang dimaksudkan Tian Chua adalah versi Kristian yakni 3 dalam 1?
    4) Fahaman Kristian adalah tuhan mereka berbentuk "Trinity" iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Suci.
    5) Allah telah berfirman "Qul HuAllah Hu Ahad - Katakan Allah itu satu".
    6) Sesiapa sahaja yang bersetuju Kristian menggunakan kalimah Allah maka dia telah meredhakan tindakan menyekutukan Allah.
    7) Islam mengajar kita, sesiapa yang menyekutukan Allah maka hukumnya adalah Syirik.

    Jadi apakah Anwar telah syirik kepada Allah swt?

    Tepuk dada tanya aqidah.


    http://mycybertrooper.net.ms/

    ReplyDelete