Nuffnang

Monday, April 1, 2013

Hari Himpunan Seni Mempertahankan Diri


Semalam telah berlangsung satu program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kerian yang dinamakan 'Hari Himpunan Seni Mempertahankan Diri' peringkat Daerah Kerian 2013

Program yang ulung kali di anjurkan itu mendapat sambutan yang amat memberansangkan dari seluruh pertubuhan dan persatuan seni mempertahankan diri di sekitar Daerah Kerian.

Sebanyak 7 pertubuhan seni mempertahankan diri mempamerkan aksi-aksi masing-masing.

Ketua Pegawai Belia dan Sukan Daerah,Puan Raja Hamidah berkata,program-program seperti ini akan sentiasa diadakan bagi mengenengahkan lagi belia-belia untuk menunjukkan kebolehan mereka ke peringkat lebih tinggi.

Haji Mohd Salleh,Pemangku Ketua Bahagian Umno Parit Buntar yang juga merasmikan program ini menganggap aktiviti seperti ini adalah satu anjakan paradigma belia-belia.Mereka tidak lagi terbabit atau tergolong dalam golongan yang melakukan aktiviti tidak sihat dan mempunyai masalah sosial.

Turut sama hadir memberikan sokongan padu untuk program ini ialah saudara Mua'amar Ghadafi yang juga Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia(MBM),Pegawai Daerah Kerian dan juga beberapa pegawai kakitangan kerajaan.









No comments:

Post a Comment