Nuffnang

Monday, April 1, 2013

TANDA PUTERA-Lim Kit Siang sudah GOYANG



Lim Kit Siang telah mencabar Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk menggesa pengharaman filem kontroversi "Tanda Putera", sekiranya gagal bertindak sedemikian beliau harus letak jawatan daripada Kabinet.

Koh yang juga menteri di dalam jabatan perdana menteri bertanggungjawab atas portfolio perpaduan and prestasi dilaporkan berkata Khamis lalu bahawa orang ramai boleh menilai sendiri tayangan sulit filem tersebut memandangkan Kabinet hanya menangguhkan tayangan kepada umum.

"Tsu Koon masih mempunyai peluang terakhir. Beliau harus tuntut pengharaman sepenuhnya filem Mei 13 "Tanda Putera" dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini atau meletak jawatan sebagai Menteri Kabinet, "kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

"Apakah Tsu Koon mampu berdiri dengan pendiriannya yang jujur dan mulia sebelum ini?" kata MP Ipoh Timur itu.

Orang kuat DAP tersebut mempersoalkan Koh sama ada dibenarkan untuk menayangkan pornografi secara sulit.

Tayangan umum "Tanda Putera" yang memaparkan babak semasa pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969 telah beberapa kali ditangguhkan, malahan pengarahnya Datin Paduka Shuhaimi Baba baru-baru ini memberitahu The Malaysian Insider filem tersebut hanya akan ditayang selepas Pilihan Raya 2013.

Filem tersebut telah ditayangkan kepada kira-kira 3,000 peneroka FELDA pada Februari lalu dan juga ditayangkan secara sulit kepada kira-kira 600 pelajar "jemputan" Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) di kampus Gombak pada 9 Mac lalu.

Selain itu, filem tersebut juga dijadualkan telah ditayangkan secara sulit di kampus UIA Kuantan pada 21 Mac, lapor laman berita Malaysiakini.

Shuhaimi juga mempertahankan mempertahankan "Tanda Putera" bukan sebuah filem perkauman seperti yang didakwa oleh beberapa individu, sebaliknya menegaskan filem tersebut bertujuan menunjukkan permuafakatan antara sesama kaum dalam mengatasi insiden berdarah 13 Mei 1969.

Shuhaimi menegaskan babak tersebut tidak wajar dijadikan kesimpulan filem tersebut adalah perkauman kerana tujuan utama ia dihasilkan ialah bagi menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia bersatu-padu untuk menghadapi krisis yang paling teruk dalam sejarah negara.

"Tanda Putera juga menunjukkan keluarga Cina membantu rakan Melayu mereka dan pemuda Melayu melindungi rakan-rakan mereka daripada perusuh.

"Paling penting sekali, ia menunjukkan rakyat Malaysia berjaya mengatasi episod gelap 13 Mei untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan yang kita raikan hingga hari ini," tambah Shuhaimi.

Filem sejarah terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama tersebut Finas melibatkan belanja RM4.8 juta dan diarahkan Suhaimi yang sepatutnya ditayangkan pada 15 November tetapi ia telah ditangguhkan.


No comments:

Post a Comment