Nuffnang

Thursday, March 21, 2013

PAS PROTES-PKR DALAM BAHAYA P58



Parti PAS Bagan Serai mempersoal tindakan Anwar Ibrahim meletakkan calon PKR dikawasan itu,Dr. Mohd Nor Manuti  selaku kawan baik beliau dari awal pejuangan anwar lagi wajar tercalon tempat dikawasan bagan serai.Walaupun berlakunya sedikit kekecewaan dalam ahli pas mereka mendakwa PAS dikawasan Bagan Serai menyambut baik dengan keputusan yang dibuat pada siri jelajah rakyat di Bagan serai pada minggu lepas.

Pihak kami dimaklumkan bahawa bantahan undi protes akan berlaku jika tidak berlaku 3 penjuru.Protes yang bagaimana? Protes tidak keluar mengundi atau akan mengundi BN kata mereka.Apabila menyentuh bab Dr. Mohd Nor Manuti dari segi pandangan mereka sama sekali tidak bersetuju kerana sejarahnya didalam politik tidak setia malah dia boleh berlaku khianat bila-bila masa.''Kami mahu PAS bukan PKR itu pilihan kami jika tiada pilihan sebaiknya kami undi BN'' kata mereka lagi.

Mereka menunjukkan kepada kami surat bantahan dan mahukan PAS bertanding disitu.Agak hairan kenapa kami yang dicari walaupun mereka sedar bahawa kami adalah penyokong BARISAN NASIONAL kenapa tidak media PAS? Didalam sembang-sembang di kedai kopi disekitar sini mereka ada menceritakan sedikit sebanyak tentang permasalahan dalaman diantara PAS dan PKR cabang BAGAN SERAI.Mereka sudah tidak bersefahaman semenjak setahun lalu dan semakin parah apabila hampir menjelang pilihanraya ini.


Tidak habis disitu mereka juga bercerita tentang perbalahan didalam PKR sendiri diantara Ketua Cabang dengan Timbalan Ketua Cabang.Dr. Mohd Nor Manuti juga terbabit dalam isu perbalahan ini dengan MENYEBELAHI kepada Timbalan Ketua Cabang.Ini adalah antara sebab kenapa PAS hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR disini.Ini JELAS apabila Mohd Nor Manuti berang dengan boikot ahli PKR kepada Roadshow Jelajah Rakyat baru-baru ini kebanyakkan yang hadir ialah ahli PAS yang memenuhi ruang padang.Mereka terpaksa memanggil ahli PAS dari luar kawasan yang dibiayai oleh mereka sendiri bagi menampakkan sokongan mereka setelah mengetahui berlakunya sindrom boikot didalam PKR diatas program Roadshow itu.


Dr. Mohd Nor Manuti telah mula memperkenalkan dan diperkenalkan di khalayak ramai dan berkempen ''UNDILAH PKR'' disetiap tempat tumpuan orang awam,Pendapat kami Harus diberikan kepada yang layak bukan dari ''kabel'' sahabat lama tanpa menghiraukan suara rakyat disitu.Kebarangkalian untuk matikan PAS disitu juga boleh diterima akal dengan kelicikan Anwar Ibrahim.Suara mereka harus diambil kisah atau mereka berpaling tadah.Mereka tiada pilihan itu yang menampakkan perpecahan sesama PR di BAGAN SERAI.Kepada kepimpinan BARISAN NASIONAL jangan jadi seperti ini.BUKAN MASA UNTUK CANTAS SESAMA BARISAN

No comments:

Post a Comment