Nuffnang

Thursday, March 21, 2013

PARIT BUNTAR-MAHATHIR KANTOI LAHAD DATU



Malam tadi berlangsung Ceramah dengan tema panas ''BONGKAR ISU LAHAD DATU'' di Dataran Pekan Rabu Batu 5.#PBR hadir ke ceramah itu menyaksikan apa yang mahu diBONGKAR oleh JENERAL IMPORT yang #Pbr yakin beliau akan mengeluarkan fakta yang menarik memandangkan pengalaman beliau didalam bidang ketenteraan.Oleh kerana tiada fakta menarik dan hanya salahkan Mahathir beliau berjanji akan membongkar semasa PR menawan kelak dengan lanjut..#Pbr sangat hampa dengan kenyatan beliau dan tertanya adakah beliau sedang kempen untuk diri dia atau dia tak faham tajuk ''BONGKAR isu LAHAD DATU''.?

Mukadimah dimulakan dengan yb yunus yang juga ingin menerangkan siapakah dalang sebenar tentang isu lahad datu.Jawapan yang sama iaitu Projek IC Mahathir jawapan yang sama di mana-mana ceramah tanpa penjelasan yang TEPAT.Walaupun Yunus bukan terlibat dengan ketenteraan namun mereka berkongsi jawapan yang sama iaitu ''Mahathir beri ic''.Penjelasan sudah dibuat tentang projek ic isu pencerahannya boleh Rujuk disini

Ceramah malam tadi agak menarik kerana kehadiran Pak Din KB yang pandai berjenaka diatas pentas walaupun mencarut menyeru Polis wanita memberi susu tet** kepada anak-anak kecil yang datang ke perhimpunan HKR112 baru-baru ini berikutan pihak polis melarang membawa anak kecil ke perhimpunan itu.Pak Din KB juga memberi AMARAN kepada calon BN beliau akan melondeh calon tersebut dan hanya menunggu siapakah yang bakal tercalon.HEBAT PakDin KB ini.

Mujahid seperti biasa tiada yang dapat #Pbr tersentak untuk ceramah semalam dan #Pbr akui penceramah paling jauh iaitu Dzulkefly pun agak hambar langsung tiada fakta hebat yang mampu mempengaruhi penduduk di batu 5.Agak bosan rungutan mereka yang mendengar adalah lebih baik beri fokus kepada Mujahid lebih lama dari penceramah yang lain hanya sia-sia.Kehadiran dijangka 600 orang adalah masyarakat tempatan walaupun dihebah hampir 3 ribu orang yang hadir ia perlu disangkalkan kerana angka itu tidak betul.Gambar dibawah bukan menyangkal tetapi #Pbr hanya mahu anda menilai perbezaan antara 2k dan 3k atau 600.

                         
                          Ini Pada malam tadi dimuat turun di facebook ''Pakatan Pilihan Rakyat''

                       
                         Ini di kompleks sukan sabak ceramah Anwar Ibrahim sumber milosuam

Beliau mempunyai niat yang sama dengan #ParitBuntarrebels akan melondeh PakDin KB dan yb yunus seperti mana yb yunus datang ke kg nelayan semalam mengakui bahawa projek pemasangan Gabien tepi laut adalah hasil kerja beliau walau tiada dalam minit mesyuarat.Kepada Pakdin Kain Buruk juga kami perlu melondehkan walaupun terasa janggal tetapi atas permintaan karma PakDin KB kami akan tunaikan Apa sejarah pakdin dengan Ibrahim Libya.Tok Guru beliau ya benar tetapi cerita Pakdin dengan Ibrahim libya agak menarik dan kelakar sekiranya Ibrahim Libya masih hidup apakah nasib PakDin kain buruk kini.Tanpa mahu memBONGKAR mereka ini mari kita kenal siapa JENERAL import yang tiada pendedahan langsung diceramahnya pada malam tadi.


Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab 

Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab (atau dahulu dikenali sebagai 370461 Brigadier Jeneral Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab TUDM) tidak dibenarkan menggunakan gelaran pangkat Brigadier Jeneral TUDM yang disandang selepas bersara daripada perkhidmatan berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT). Beliau telah DITAMATKAN PERKHIDMATAN setelah dipersetujui oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang ke 469. Selain itu, beliau turut telah:

1. DIBERSARAKAN daripada Angkatan Tentera Malaysia mulai 2 Jun 2008 dibawah Peraturan 20 (2) (g), (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982.

2.  DIBATALKAN tauliah dari perkhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972.

3. TIDAK DIBENARKAN menggunakan pangkat Brigadier Jeneral TUDM yang disandang selepas bersara daripada perkhidmatan berdasarkan perenggan 4 dan 5 PMAT bilangan 1 tahun 1972.

Perintah ini agak jarang berlaku melainkan seseorang Pegawai Kanan mempunyai masalah besar dan serius serta telah mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ekoran kecuaiannya sebagai Panglima Logistik TUDM diatas kehilangan enjin jet F-5E milik TUDM yang pada ketika itu dibawah seliaannya. Setelah diperhalusi, sememangnya tepat tindakan Majlis Angkatan Tentera (MAT) berbuat demikian kerana Dato’ Abdul Hadi seorang Pemerintah yang telah diamanahkan oleh ATM dan dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pangkalan TUDM termasuk 2 buah enjin pesawat berkenaan.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah banyak mengambil ‘keuntungan peribadi’ daripada pelbagai transaksi pembelian peralatan dan senggaraan TUDM. Ada yang mengatakan sehingga “pembelian skru untuk kem pun dia nak tahu”. Akan tetapi, beliau terlepas daripada sebarang dakwaan pihak ATM kerana kekurangan bukti kukuh. Apapun Allah SWT jua yang Maha Mengetahui. Dato’ Abdul Hadi memang terkenal dengan sifat ‘berdendam’ dan ‘bijak memutarbelitkan’ sesuatu perkara, apatah lagi jika ianya membawa keuntungan peribadi terutama berbentuk wang tunai. Kini beliau mempunyai ruang terbuka luas untuk mengumpul dana setelah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR. Barulah kena ‘buku dengan ruas’ Yang sedih lagi mengecewakan Dato’ Abdul Hadi sanggup melemparkan pelbagai tohmahan terhadap ATM dan Kerajaan, hanya untuk mencapai impiannya menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak.

Tidak tahu erti bersyukur. Itu ungkapan yang tepat untuk diberikan kepada Dato’ Hadi. Angkatan Tentera Malaysia terumatamanya TUDM telah banyak memberi pelbagai kemudahan dan peluang prospek kerjaya kepada beliau. Dihantar  pula melanjutkan pelajaran dan kursus sehingga pernah menjadi National Defence Fellow di Washington D.C! Bukan itu sahaja, beliau dilantik menjadi Panglima Logistik Udara yang mana ia merupakan jawatan impian untuk kebanyakkan Pegawai Kanan TUDM. ‘Lubuk emas’.

Kekayaan yang diperolehi membolehkan beliau berjalan ‘makan angin’ di merata negara seperti Brunei, Vietnam, Thailand, Norway, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Kanada,  Singapura, Indonesia, Guam dan banyak lagi untuk saya ingati. Bayangkanlah.. seorang Pegawai Kanan TUDM biasa mungkin tidak mampu untuk mengelilingi dunia seperti Dato’ Hadi. Tetapi, kekayaan dan harta miliknya membolehkan beliau melancong ke seluruh dunia.

Beliau bolehlah dianggap berjaya dalam perkhidmatan setelah dinaikkan pangkat Brigadier Jeneral pada 8 Jan 2001 dan menjawat jawatan Panglima Logistik di Markas Logistik Udara. Apa yang mengecewakan, Dato’ Abdul Hadi telah banyak melakukan penyalahgunaan kuasa kelulusan ke atas ratusan jutaan ringgit semua peralatan dan penyelenggaraan TUDM di sepanjang tugasan beliau. Terdapat ramai juga di kalangan staf beliau menghubungi saya dengan memberitahu secara ikhlas bahawa beliau sentiasa mengambil kesempatan untuk mark-up harga asal bagi memperoleh komisen peribadi daripada kontraktor/pembekal berbentuk wang tunai secara sulit dan terancang. Beliau amat bijak dalam aspek ‘penipuan’ ini tanpa meninggalkan sebarang bukti kukuh untuk diambil tindakan oleh pihak ATM.

Dato’ Abdul Hadi agak licik mengumpan PKR untuk memenuhi cita-cita peribadinya serta menjadikan PKR sebagai landasan untuk membalas dendam kesumat beliau terhadap ATM dan Kerajaan. Sebagai seorang sahabat, saya menyeru agar Dato’ Abdul Hadi kembali ke pangkal jalan dengan menginsafi di atas segala tohmahan dan pembohongan sebelum ini terhadap ATM dan Kerajaan. Renungilah muka isteri Dato’ yang amat saya kenali, Datin Zabedah bt Baba (KP: 610304-01-5008) serta anak-anak, Fariz Hirzi (KP:831027-14-6251), Fadhli dan Farizi kerana mereka sudah semestinya tidak sanggup melihat suami/bapa menjadi tunggangan pihak berkepentingan terutamanya PKR. Pengalaman saya bersama Dato’ Abdul Hadi dan kenapa beliau bersara dari perkhidmatan

ASKAR SETIA

No comments:

Post a Comment