Nuffnang

Tuesday, March 19, 2013

Lahad Datu - Bila Mahfuz Bercakap ...

                                               Ingat ! Saya tak tuduh, saya suruh siasat jer ...

Sebelum korang baca, saya nak tanya dulu .... Mahfuz Omar ni, dia ni kalau bercakap adakah atas kapasiti sebagai Naib Presiden Pas atau pandangan peribadi beliau ? Satu lagi, sebelum dia bercakap, rasa2nyalah ... ada tak dia bawa berbincang dengan sapa2 atau dia main belasah jer ?

Bukan apa..... sebab dia punya kenyataan, wa cakap lu .... VERY THE ORIGINAL ! 

Dululah, kalau suasana tiba2 jadi senyap ..................... adalah orang cakap,haaaaa... malaikat baru lalu. Sekarang, kalau suasana tiba2 jadi senyap  .............. haaaa Mahfuz baru keluar statement ! Real beb ...

Cuba perhati apa Mahfuz cakap kali ni berkaitan isu Lahad Datu -

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Datuk Seri Najib Razak hilang kelayakan sebagai Perdana Menteri apabila gagal mengambil pendekatan segera berhubung konflik pencerobohan di Lahad Datu.

Justeru, baginya Najib tidak layak bertanding pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti kerana tiada keyakinan untuk membuat keputusan dalam konflik tersebut.

"Isu Lahad Datu, saya melihat kegagalan Najib sebagai Perdana Menteri untuk mengambil langkah dan tindakan segera, malah beliau tidak melihat perkara tersebut sebagai suatu yang serius apabila menyerahkan segala tanggungjawab kepada orang lain," jelasnya kepada
 Harakahdaily.

...........................................................................................................................................
.................................................................................................................................................kan ? kan senyap kejap tuh ? 

Peerrrgh.... Najib dah hilang hak kelayakan untuk bertanding PRU13 ! 

Ok, ok ..... ni satu lagi -

"Untuk membentang kertas putih itu sudah terlambat, ia sepatutnya dilakukan dari awal pencerobohan lagi. 
"Perkara ini sudah lama berlaku dan telah ramai anggota keselamatan terkorban, rakyat pun sudah lama menanti dan juga ingin mengetahui tetapi rakyat kecewa apabila tiada penjelasan dilakukan sebelum ini,"


..................................................................................................................................
........................................................................................................................................... kan? kan ?

Saya jadi kelu tak terjawab !

http://dinturtle.blogspot.com/

1 comment:

  1. Ehh...eh...betul le...tetiba lidah jadi berat...tak dapat nak cakap..
    Dia ni pakai ilmu ape lah gak nye...ilmu penyengap ke ilmu sangap...

    ReplyDelete