Nuffnang

Sunday, March 24, 2013

DAP Ganti PAS PRU13



PAS mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang untuk bertanding di bawah logo PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya menjelang PRU13.

“Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini kepada Harakahdaily.

Mustafa memberikan reaksi kepada cadangan Lim yang menyatakan kesediaannya untuk bertanding di bawah lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Di Twitter, bagaimanapun Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melahirkan kebimbangan timbul konspirasi untuk mengelakkan partinya bertanding di PRU13.

“Tiada sebab untuk ROS untuk membatalkan DAP! Tapi konspirasi tertinggi di dalam jabatan mainan kotor BN akan menggantung/membatalkan DAP supaya lambang Roket tidak boleh digunakan pada PRU13 kerana BN takut pada PRU13.

"(Saya telah) memberitahu wartawan bahawa BN bersalah menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan DAP dengan tidak mengikut perlembagaan supaya simbol roket tidak dapat digunakan di PRU.

Maka dengan itu, calon-calon DAP akan bertanding sebagai calon bebas atau meminjam logo PAS/PKR. Jika BN salahguna kuasa, saya mungkin akan guna logo PAS di PRU13 untuk menguatkan PR,” tulis Lim di Twitter.

Semalam, bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa DAP diambil tindakan oleh ROS kerana gagal mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.


P/S: DAP BUAT SILAP TUDUH SALAH GUNA KUASA BN..TOLAK PAS DAN DAP!!!

No comments:

Post a Comment