Nuffnang

Tuesday, March 19, 2013

Rakyat Kelantan sedar ''R'' lebih bermakna dari ''T''

video

Kerajaan PAS Kelantan perlu bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi memastikan Program Perumahan Rakyat (PPR) dapat diwujudkan di negeri itu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan negeri perlu bersikap terbuka dalam menerima program pembangunan yang dibawa kerajaan pusat untuk kepentingan rakyat negeri itu.

 "Kita tidak mahu kerajaan negeri meletak politik di hadapan, kita mahu kerajaan negeri meletak rakyat di hadapan terutama dalam soal kerjasama dengan kerajaan pusat mengenai PPR ini," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, selepas mengadakan tinjauan mesra di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjung di sini, Sabtu.

 Kerajaan Kelantan mendakwa PPR Kota Baharu yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Raja Udang, Wakaf Mek Zainab di sini yang melibatkan pembinaan 1,000 unit rumah samalam, tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa Perdana Menteri telah merasmikan projek perumahan yang tidak sah kerana permohonan pembinaan projek perumahan itu tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

 Pelaksanaan projek yang diinisiatifkan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu merupakan satu rekod apabila dilaksanakan dalam tempoh 53 hari selepas dijanjikan Perdana Menteri pada 20 Januari lalu. Ia sekali gus membukitkan kerajaan BN menepati janji yang dibuatnya.


                                                           ''R'' bermaksud ''RUMAH'' 

No comments:

Post a Comment