Nuffnang

Friday, March 15, 2013

ANJING, DOGGIE dan MATI KATAK



Akhirnya cikgu mereng yang menggelarkan anggota-anggota pasukan keselamatan sebagai ANJING, DOGGIE dan MATI KATAK, yang berasal dari Pasir Puteh berusia 37 tahun telah ditahan oleh PDRM dan sekarang sedang disoal siasat.

Lotfi Mohd Nor kelihatan begitu suram tanpa dikelilingi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat seperti yang diharapkannya walaupun dia mengeluarkan kenyataan di Facebook bagi pihak dan memudahkan para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim.

Kenyataan Lotfi Mohd Nor yang tersiar di Facebook, telah menimbulkan kemarahan luar biasa di kalangan masyarakat dan penjawat-penjawat awam sendiri. Apatah lagi, perkara berkenaan timbul tatkala Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan berkenaan kenaikan gaji untuk kakitangan awam.

Kementerian Pelajaran dalam pada itu, mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tindakan tatatertib akan diambil terhadap guru terbabit. Ramai yang sudah membayangkan guru berkenaan akan ditukarkan ke daerah terpencil bagi menyedarkannya.

Kalau itulah tindakan yang perlu diambil, ia akan menambahkan lagi kenyataan-kenyataan yang sama daripada kakitangan awam yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat. Sekarang ini pun, mereka tidak segan silu mengeluarkan kenyataan sambil membangga-banggakan diri mereka sebagai penjawat awam. Tiada sebarang tindakan yang dapat menyedarkan mereka, kerana mereka juga sedar, setakat ini, tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap mereka.

1 comment:

  1. ok dah bro.. dah dipautkan ke dalam blog sy blog bro.. selamat berjuang.. :)

    ReplyDelete