Nuffnang

Wednesday, February 6, 2013

Noh Gadut di Parit Buntar

Semalam Noh Gadut bertandang ke Parit Buntar sempena majlis Maulidul Rasul yang berlangsung di Padang Taman Seri Tenggara.Turut Hadir pada Majlis tersebut Cikgu cop atau hj salleh Pemangku Ketua Bahagian Umno,President GB4B Msia Mua'amar Ghadafi,Abu Bakar Mat Ali Cikgu Atie Norwani merangkap Ketua penerangan puteri umno dan lain-lain pemimpin lain yang mewakili BTN,Aadk dan sebagainya.


Dalam ceramahnya #Pbr tertarik dengan isu-isu semasa yang disampaikan beliau iaitu Penggunaan Kalimah Allah hanyalah Hak mutlak untuk orang islam sahaja,Peranan atau tugas ulamak ialah membimbing ke jalan benar bukan menentukan syurga atau neraka dalam ucapan beliau lagi beliau juga melahirkan rasa kecewa diatas sesetengah pemimpin agama atau ulamak yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w itu diberi pangkat setelah dipilih oleh Allah s.w.t berdasarkan sesuatu yang boleh dipilih sebagai Rasul dikalangan mamat biasa.

''Ia terpelihara ia didik atau dibentuk oleh ALLAH S.W.T ia tidak boleh disamakan dengan mana-mana manusia sekali pun ia dimuliakan oleh ALLAH S.W.T''kata beliau.Sempena Maulidul Rasul kali ini Noh Gadut menekan dan menyeru agar kekuatan dan perpaduan Islam harus diperkukuhkan agar kita menjadi kuat diatas perpaduan yang dibina selama ini ''Jangan kerana kepentingan Politik kita sanggup menggadaikan maruah Agama Bangsa dan Negara dan ini tuntutan Allah S.W.T''
 
Diakhir majlis acara sumbangan kepada guru-guru agama bagi mengenang jasa mereka yang  telah menungkus lumus mencurah ilmu kepada masyarakat.Sumbangan berupa hamper dan wang tunai.Sumbangan disampaikan oleh Cikgu cop,Muamar Gadafi dan Abu bakar mat ali.




No comments:

Post a Comment