Nuffnang

Tuesday, January 8, 2013

Tahaluf Siyasi & Demokrasi

TAHALUF SIYASI DENGAN ORANG-ORANG KAFIR
Tahaluf Siyasi bererti kerja sama di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir untuk kepentingan bersama.
Tahaluf Siyasi di antara PAS dengan DAP adalah berbeza dan berkontradiksi dengan Tahaluf Siyasi di antara Rasulullah saw dengan Yahudi di Medinah.

Tahaluf Siyasi di antara Rasulullah saw dengan Yahudi sewaktu di Medinah :
1. Mereka berada di bawah kerajaan Islam;
2. Yahudi taat dan patuh kpd kerajaan dan undang-undang Islam serta mereka memberi kesetiaan kpdnya;
3. Rasulullah saw memberi kebebasasan kpd Yahudi untuk mendiami Medinah;
4. Rasulullah saw memberi hak ekonomi dan sosial kpd Yahudi;
5. Rasulullah saw menjamin keselamatan kpd Yahudi;
6. Rasulullah saw tidak memberI hak politik kpd Yahudi dan tidak menerima pemikiran dan fahaman Yahudi;
7. Rasulullah saw tidak menganggap kaum Yahudi sebagai bitonah, iaitu orang-orang yang diberi kepercayaan dan kesetiaan.

Tahaluf Siyasi di antara PAS dengan DAP :
1. Mereka tidak berada di bawah kerajaan Islam;
2. DAP tidak taat dan patuh kpd Islam serta tidak memberi kesetiaan kpd Islam;
3. DAP menolak Negara Islam dengan segala fahaman dan pemikiran Islam;
4. DAP menerima Negara Kebajikan yang dibawa oleh PAS;
5. DAP mempunyai hak politik yang sama dengan PAS;
6. PAS menerima fahaman dan pemikiran DAP serta perjuangan politik DAP.

Tahaluf Siyasi di antara PAS dengan DAP tidak dapat diterima oleh Islam.

 PAS ADALAH KAFIR KERANA :

1. Berkongsi kuasa dgn kaum kafir;
2. Menyerahkan kuasa dan pemerintahan kpd manusia;
3. Melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan;
4. Mempersekutukan Allah;
5. Membuat undang-undang;
6. Menghukum manusia dgn undang-undang manusia;
7. Menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia;
8. Mewujudkan system manusia menyembah manusia;
9. Mewujudkan system manusia menjadi hamba kpd manusia;
10. Setuju dan membolehkan amalan politik demokrasi.

by Syafiq Ridhuan

No comments:

Post a Comment