Nuffnang

Friday, January 11, 2013

Soalan atau persoalan siapa bodoh siapa bijak?

(Paritbuntarrebels@gmail.com)
Masih dengan isu penggunaan isu kalimah ALLAH pada hari ini.Semakin panas atau dihangatkan?Ramai yang berpendapat isu ini hanya di politikkan atau mempertahan apa yang patut.Sepanjang pembacaan saya, kalimah yang ingin digunakan oleh Kitab Bible untuk diterjemahkan dalam edisi bahasa Melayu sebagai Allah ialah kalimah God. Kalimah God bukan bererti Allah dalam bahasa Melayu itu ceritanya.

Fakta

  • Mujahid dalam sesi dialog di sebuah gereja, pula didakwa berkata, beliau tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana Allah membenarkan ia diguna bagi mereka yang bukan beragama Islam.
  • Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan sempena Hari Krismas, bulan lalu, menggesa Kerajaan Pusat membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
  • Ditanya mengenai pandangan pemimpin PAS yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, termasuk Mohamad Sabu, Harun berkata, mungkin mereka merasa lebih tinggi dari kepemimpinan ulama dalam parti.
  • Sebelum ini, Harun pernah dilaporkan berkata, kalimah Allah hanya untuk Tuhan umat Islam, manakala dalam Kristian terdapat Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan roh kudus, selain Nabi Isa disebut sebagai anak Tuhan.
  • Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendesak Majlis Syura Ulama PAS menetapkan pendiriannya berhubung isu kalimah Allah bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam.
Dalam isu tersebut berlaku 2 barisan pertahanan diantara barisan yang membenarkan penggunaan perkataan ALLAH pada agama kristian dan barisan  melarang penggunaan kalimah ALLAH untuk agama kristian.#Pbr tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh Mujahid Rawa tentang isu tersebut maka persoalan yang keliru ini dapat dikupas berdasarkan gambarajah dibawah.


Barisan (1) yang membenarkan penggunaan perkataan ALLAH dalam kita bible versi bahasa melayu


Barisan (2) yang melarang penggunaan kalimah ALLAH untuk agama kristian dalam kitab bible di Malaysia

Persoalan : Barisan manakah yang kurang cerdik atau bodoh dalam isu tersebut?
Jawapan seperti gambarajah berikut:
Setuju? Jika ya tetapkan pendirian anda.Jika tidak sebentar lagi ada masyarakat di Parit Buntar akan berdemo di Masjid Parit Buntar selepas solat Jumaat.
Bakal berlaku disini.

Kepada yang menyokong barisan (1) sila balik terus ke rumah tukar kain pelikat kepada seluar dan terus masuk kerja.

Kepada yang menyokong Barisan (2) Sila Hadirkan diri anda disini bagi menunjukkan rasa protes tersebut.


Bila kekeliruan berlaku apakah bakal berlaku '2 in 1'?

No comments:

Post a Comment