Nuffnang

Wednesday, January 16, 2013

Maaf YB Kami kenal Cikgu cop






#Pbr ingin memohon maaf kepada Cikgu salleh atau Cikgu cop atau Yb salleh.Sungguh keliru nama beliau sangat banyak.Bila ditanya kepada penduduk sekitar sana mereka menyebut Cikgu salleh,Bila dikawasan lain mereka menyebut Cikgu Cop dan bila ditanya kepada barisan pemimpin siapakah YB disini mereka menyebut YB SALLEH.



Beliau adalah individu yang sama.Panggilan banyak tapi mewakili seorang individu.#Pbr ditegur oleh rakan gambar yang berada di dalam blog ini yang bertajuk 'BUKTI BENAR DAN GURAUAN SEMATA' pada gambar yang ke 7.Dengan Petikan 'siapa mando ini? Hang kenal tak?'#Pbr hanya mengatakan mereka ini geng Umno saja.Jawapan diberikan 'ini lah YB SALLEH yang hang dok depa panggil Cikgu cop tu.'



Soalan demi soalan dan jawapan diberikan maka #Pbr sudah kenal cikgu cop ini sudah lama.kenal atas nama dan kelibat beliau disekitar Parit Buntar.Beliau juga cukup popular dikalangan masyarakat kampung setempat.#Pbr hanya beranggapan beliau hanya seorang ketua kampung sebabnya penduduk disini selalu mencadangkan jika punyai masalah disuruh berjumpa Cikgu Cop ini.Bila ternampak di kedai kopi dia mampu membuat penyamaran yang sama dengan masyarakat disitu.Di sawah pun dia ada di sungai pun dia ada di taman pun dia ada.Memang senang nak jumpa si Cikgu cop ni.Siapa Cikgu cop ni? hinggakan dimana-mana dia ada dan apa saja aduan disebut nama beliau.



Ini pendapat peribadi #Pbr ya Hanya pendapat peribadi.Beliau memang sangat popular dikalangan kami dan kami hanya mengetahui beliau hanyalah seorang guru yang tak pernah reti-reti duduk diam.Apa yang kami nampak beliau seorang yang 'easy going' dalam pergaulan tak dikira setua mana dan semuda mana.Beliau juga masih boleh bermain sukan hoki walau sudah tidak sesuai bagi beliau.Beliau tetap mencuba apa perkara dan gemar belajar sesuatu yang baru.Ada juga berpendapat Cikgu cop ini baik tapi sayangnya dia menyokong UMNO dan ada juga berpendapat jika beliau duduk dalam parti bebas ramai yang menyokong beliau.






Bagi #Pbr tiada masalah untuk beliau duduk didalam UMNO dan sangat sesuai.Beliau seorang yang patriotik sentiasa bersemangat tentang AGAMA dan BANGSA tanpa henti-henti mengingatkan apa itu BANGSA dan apa itu AGAMA tak dilupa juga berkaitan tentang NEGARA.Beliau juga seorang yang mampu menghasil puisi atau syair yang lebih menghasut kepada cintakan AGAMA,BANGSA dan NEGARA.Beliau juga terkenal dengan sifat 'cool down'dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka (masyarakat) gemar bertanyakan pendapat beliau dalam apa-apa perkara sekali pun.Ada 1 petikan yang keluar dalam mulut beliau dalam menasihati anak muda disekitar sini dengan pepatahnya berbunyi 'Jika nak tahu dalamnya lautan tanyalah ikan,Jika nak tahu luasnya padang tanyalah belalang'.dengan maksud hati-hati tentang rujukan keadaan sebenar bukan dari sumber yang merapu.Hingga kini Pepatah tu tak hilang dari kepala kami.








Sebelum ini #Pbr tidak langsung menyangka beliau adalah YB SALLEH dengan sifat yang ditunjukkan malah beliau juga bergaul dengan mana masyarakat tidak dikira mana-mana bangsa atau fahaman politik.Ini jelas kerana rakan-rakan beliau terdiri dari parti lain ini menunjukkan sifat keselesaan orang ramai terhadap beliau. Benarlah trademark beliau dari dulu hingga kini 'SEMUA KAWAN'.Apa yang menarik tentang attitude beliau ini Beliau langsung tiada sifat koprat; seperti mana-mana YB yang lain dia 'HUMBLE' ini bukan berlaku sekarang ini berlaku sejak 5tahun lepas.Jika lakonan semata tak mungkin beliau boleh berlakon selama 5 tahun dengan begitu sempurna.Sejak mengenali Cikgu cop beliau sedikit pun tidak pernah menyeru anak muda supaya menyokong mana-mana parti politik walaupun beliau adalah seorang pemimpin Umno.Beliau berpendapat dari segi politik biarlah mereka yang menentukan atau menilai sendiri sesuatu perti politik tersebut.Tiada dapat dibandingkan dengan YB yang pernah #Pbr kenal selama ini dengan lagak seorang yb dengan budaya koprat dengan sifat pengampunya.Cikgu cop seorang yang berbeza ya beza tiada YB yang dapat menandingi sifat rendah diri beliau.walau dia seorang YB yang sudah #Pbr kenali tapi beliau tetap Cikgu Cop.
















Ini mando yang #Pbr maksudkan.



1 comment:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=-f6qMkTIuhY

    CALON TERBAIK DARI LADANG!!!

    ReplyDelete