Nuffnang

Thursday, January 17, 2013

Listen Listen Listen dan Peluru Ajaib

Masih panas isu 'listen listen listen' ini hingga dimana pun boleh berjumpa perkataan yang keluar dari lidah oleh Sharifah Zohra Jabeen.Benar dia kelihatan bodoh sekali menangani soalan yang berbentuk provokasi oleh 'little Ambiga' itu hingga dikecam oleh masyarakat malaysia dengan jawapan yang begitu tidak boleh diterima akal.

#Pbr kesal dengan dengan jawapan beliau dengan menyerang kedudukan tahap pelajar tersebut ia sesuatu tindakan bodoh yang memalukan.#Pbr setuju dengan pendapat masyarakat sekeliling dengan mengatakan moderator itu patut lebih bersedia dengan soalan yang diberikan kepada beliau.Ini realiti keadaan sekarang pelajar makin maju berfikir pantas tiada hadnya.'Bebas bersuara'itu yang dipertikaikan hingga ke hari ini.Ini memberi impak yang tinggi kepada negara dan tidak boleh dianggap mudah.

Disini #Pbr ingin memberi sedikit pendapat tentang isu 'LISTEN' ini.Sharifah Zohra bukanlah salah seorang daripada panel bagi forum tersebut bagi menjawab segala pertanyaan beliau hanyalah seorang moderator dan tak perlu menjawab soalan dan kerja menjawab ini haruslah dijawab oleh panel pada majlis tersebut.Jika dilihat pada video tersebut si Bawani ini tidak henti-henti bercakap pada waktu akhir tamatnya forum.Sharifah tidak melakukan salah besar kerana mengarahkan supaya beliau berhenti bercakap.Apa soalan yang diberi oleh bawani isu baru?Tidak ia isu pendidikan percuma yang telah dijawab oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan.Apa yang berlaku hanya kawalan emosi dan soalan provokasi di saat akhir majlis tersebut.

Jika Bawani hanya seorang pelajar yang mempunyai keberanian dan pintar #Pbr sangat memuji beliau tapi jika ia berkaitan dengan provokasi parti politik ia sangat hambar dan keji.Mengikut sumber beliau telah merancang perkara ini lebih awal untuk memberikan soalan provokasi tersebut kepada sharifah zohra jabeen dan #Pbr yakin Sharifah zohra mampu untuk menjawab soalan itu dengan baik tetapi MUNGKIN beliau bodoh atau majlis sudah kesuntukkan masa memandangkan pelajar-pelajar yang hadir sudah menguap seperti mahu protes untuk balik tidur?Ini terpulang kepada anda untuk menilai realiti keadaan sebenar.Yang benar tetap benar yang salah tetap salah.  


Siapa ini? kenapa Bawani sebelah beliau?Popular dengan panggilan Komunis?Tidak menyukai fakta berdasarkan hadis?Pejuang hak kesamarataan?Pejuang kepada non muslim utk terima zakat?Anda kenal?

SIAPA DIA NI????????





No comments:

Post a Comment