Nuffnang

Thursday, January 24, 2013

Anak Tempatan Parit Buntar


 Semalam - Anak tempatan PARIT BUNTAR sekali lagi menghiasi ruang Metro di muka tengah.Andy atau 'the damis' (ke 2 dari kanan )telah berkarya sejak hampir 10 tahun dan telah dianggap 'otai' dalam bidang Karya grafiti jalanan.Agak membanggakan apabila anak tempatan kita ini mencipta nama di negara China pada tahun lepas.

Banyak lagi kejayaan yang dibuat dengan hasil karya grafiti ini mereka ini.Ini contoh yang bagus untuk anak tempatan bagi mencontohi saudara Andy yang tidak pernah putus asa dalam apa jua bidang yang diceburi.Seharusnya bakat seni mereka ini harus dilihat oleh kerajaan dan diberi pengiktirafan bagi melahirkan belia yang kreatif pada generasi akan datang.Tahniah sekali lagi atas usaha mereka ini bagi memberi contoh kepada belia diluar sana agar lebih positif dan kreatif moga dapat mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa kelak.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment