Nuffnang

Friday, November 30, 2012

Bubar Parlimen jika yakin menang



HANYA ULASAN BERGAMBAR


Red Warrior Jelmaan UMNO



Baru-baru ini Kerajaan Pusat telah menyumbang sejumlah RM1 juta kepada pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) sebagai penghargaan di atas kejayaan pasukan itu menjuarai tiga kejohanan pada musim ini.Sumbangan kewangan itu adalah kesinambungan dari tajaan dan sokongan yang pernah Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak lakukan sebelum ini untuk pasukan TRW.
Badan Perhubungan UMNO Kelantan pula turut sama menyerahkan sumbangan RM200,000.00 kepada TRW, kesinambungan dari pelbagai bantuan yang pernah dihulurkan sebelum ini.
Bagi KAFA yang menguruskan TRW sejak sekian lama, sumbangan tersebut amat besar maknanya memandangkan hasil jualan tiket tidak berupaya menampung keseluruhan kos pengurusan pasukan termasuklah untuk menyelesaikan pembayaran gaji pemain serta kakitangan.
Berikutan itu Timbalan Ketua Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad semasa membahaskan usul ucapan Presiden menyifatkan UMNO sebagai antara faktor utama yang membawa kepada kebangkitan TRW sehingga kini dikenali sebagai pasukan yang digeruni dan disegani.
Kenyataan tersebut nyata mengundang rasa tidak puas hati penyokong PAS, bukan kepalang marahnya mereka apabila UMNO dikaitkan dengan kejayaan TRW.
Pada mereka segala usaha keprihatinan UMNO serta Kerajaan Pusat kepada TRW termasuklah membantu dari segi wang ringgit hanyalah jasa yang sekadar lekat dicelah gigi sahaja.
Hakikatnya, kebangkitan dan kejayaan besar TRW sejak lebih kurang 5 tahun tahun amat sukar sekali untuk dinafikan oleh PAS bahawa ia adalah jelmaan dari usaha dan kerja buat pemimpin UMNO.
Semenjak pengurusan KAFA diambil alih oleh pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa selaku Presidennya, kebenaran yang dapat disaksikan semua tampak jelas peningkatan demi peningkatan agak terasa sehinggalah telah dua kali menjuarai piala Malaysia.
Kejayaan-kejayaan ini tidak berlaku melalui retorik atau sekadar cukup dengan ceramah dipentas politik, sebaliknya disebabkan keberkesanan pengurusan yang dibantu dengan sumber kewangan yang kukuh.
Tanpa pengurusan yang bijak dan sumber kewangan yang mantap, sukar sekali untuk sesebuah pasukan bangkit menuju kejayaan lebih-lebih lagi jika masalah tunggakan gaji yang sering berlaku 5 tahun sebelum ini berterusan berlaku.
Sememangnya kebenaran agak sukar untuk diterima dan amat pahit untuk diakui, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah terbiasa lena dalam keasyikan retorik tanpa kerja buat bermanfaat sepertimana menjadi amalan pemimpin Kerajaan PAS Kelantan dan penyokongnya.

Thursday, November 29, 2012

Situasi Semasa Hamba Murka


''Tanggal 20 Julai lepas, Malaysia digemparkan dengan suatu isu yang besar iaitu apabila seorang bekas model dijatuhi hukuman denda RM5000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2208. Kartika disabitkan kesalahan meminum arak berdasarkan enakmen''


Terlebih dahulu saya sembah derhaka pada Sultan Pahang. Walaupun baginda bukan Sultan saya, tapi saya menghormati baginda sebagai salah seorang ketua negeri yang berdaulat dinegara ini.
Namun, keputusan baginda yang mengampunkan model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang sebelum ini dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bakal menimbulkan polemik baru. Kartika dijatuhkan hukuman oleh pihak Mahkamah selepas mengaku salah minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008.

Baginda Sultan memutuskan untuk mengampunkan beliau dan mengenakan hukuman yang lebih ringan iaitu menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat.



Aku keliru menjadi buntu.karaoke lagi bagus dari pening layan u all..



Kemurungan psikotik ke? nak hamba datang buat pencerahan kat korang? 

Jauhi Arak


Layu



Aku lihat layu dalam Melayu 
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak 
Ada juga bercadang bertanya tuan punya 
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak 
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri 
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui 
Yang kita sendiri 
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan 
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu 
Tanah air kita yang punya 
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa 
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa 
Kita lupa nenek moyang kaya-raya 
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia 
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia 
Kalau kewujudan tidak dirasa 

Petah berbahasa kudrat tak berjasa 
Orang berbudi kita hanya tahu merasa 
Selalu lari bila dirapat 
Selalu malu bila soalan diaju 
Selalu segan memberi pendapat 
Rela mengikut dari meneraju 
Belum nyanyi sudah bersorak 
Suka berjanji dalam borak 
Bukan kata tak ada otak 
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu 
Bunga menangis dia mendayu 
Mahu jadi cantik tetapi ragu 

Aku merayu 

Bangunlah semula hidup kembali 
Jangan tunggu matahari mati 
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai 
Kerana hanya yang cekal dan tabah 
Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

Malique ibrahim & Tun Mahaf

Baru tahu Pencerahan sebenar ttg Abby abadi



Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan seorang pelakon dan penyanyi yang baru menyertai parti politik Pas telah menulis dalam laman sosial Twitter bahawa kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

Itulah yang diluahkan kepada portal rasmi pembangkang Malaysiakini sehingga seluruh blogger pakatan rakyat menjadi kecoh dan huru-hara kononnya pihak syarikat telah menganiaya Abby sedangkan Abby hendak mendekatkan dirinya dengan Agama dengan memasuki parti politik Pas.

Cerita sebenarnya dari syarikat yang menawarkan Abby menjadi duta tudung lain pulak, menurut mereka pada Mei 2012 yang lalu, Abby Abadi telah dilantik secara rasmi sebagai duta dan jurucakap untuk produk keluaran Al-Humaira Contemporary.

Janji Abby kepada syarikat adalah tidak memasuki mana-mana pertubuhan politik yang boleh menjejaskan nama baik syarikat seperti yang dipersetujui dalam kontrak, jika Abby melanggar kontrak tersebut maka kontrak akan tamat. Tetapi Abby telah melanggarnya.

Menurut pemilik syarikat mereka terkilan dengan perangai Abby dengan penglibatan Abby dalam parti politik tidak kira mana-mana pun parti akan menjejaskan perniagaan saya, jelas Hani Elia pemilik Al-Humaira Contemporary.



Sebagai pemilik sudah semestinya tidak mahu reputasi yang tidak baik terhadap produknya tambahan pula mulut Abby yang agak celupar mempertikaikan semua orang yang tidak menyertai parti politik Pas.

Tetapi kontrak Abby dengan syarikat Al-Humaira Contemporary kini sudah pun tamat secara rasmi pada 4 Julai 2012 yang lalu kerana pelanggaran perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui bersama.


Tetapi dalam laman twitternya Abby seolah-olah meminta simpati daripada penyokong pakatan rakyat agar menyiarkan penamatan kontraknya itu dengan alasan "tak kan saya nak mendekati Agama pun nak ditamatkan kontrak"

Dengan tersiarnya penamatan kontrak Abby ini maka ramailah ahli perniagaan bersimpati akan mengambil Abby sebagai duta mereka

nota : BUAT SALAH LEPAS TU AMIK GAMBAR DEPAN KAABAH (TREND DI MALAYSIA)

Kenangan Lim Kit Siang



Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh,
Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Wednesday, November 28, 2012

Hamas pun Hargai Kita



Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia.Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia.Apabila dikatakan Malaysia,maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya.Justeru,secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga.Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia,UMNO,sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia,terutamanya,dunia Islam.Alhamdulillah,atas segala khidmat bakti itu,hari ini,bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan,tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam.Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas,Osama Hamdan,iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang,yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012.menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.UMNO juga,kata beliau,sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel.Antaranya,dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini,Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik,meminta Presiden Amerika Syarikat,Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza.Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten.Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah,Ogos lalu,beliau menyatakan hal ini secara tuntas.Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO,BN dan Malaysia sejak sekian lama.Di masa yang sama,beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestin sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestin.Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel,kita dan juga Palestin,harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya PR berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti. Bukan rahsia lagi,bahawa bakal Perdana Menteri PR,iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.Malah,tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel.

Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri,Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia,iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait.Nasharudin,sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut.Ini kerana,menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti.Justeru,pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia.Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa.

Malah,pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar.Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi ‘keIslaman’ PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia. Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri,tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini,jauh sekali di negara lain.Hakikatnya,PAS,sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri,serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari ‘masjid’ rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri. Selama 2 dekad memerintah Kelantan,PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja.PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi. Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia. Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam. Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS,dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling ‘genting’ dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini.Yang saya hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO ???

Rajagopal beri Harapan


KUALA LUMPUR — Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal bakal membuat perubahan besar apabila skuad Harimau Malaya menghadapi Laos dalam kejohanan Piala AFF Suzuki Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Beliau berkata beberapa posisi pemain perlu diperkuat bagi memastikan kemenangan.

“Saya tahu perlawanan menentang Laos adalah sangat penting dan sudah tentu fokus saya ialah untuk memungut tiga mata. Oleh itu saya akan membuat perubahan besar, tetapi saya tidak boleh memberitahu nama pemain yang akan diketepikan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus Kumpulan B di Seri Kembangan Selasa.

Setelah kalah 0-3 dengan Singapura sebelum ini, skuad kebangsaan mesti menang menentang Laos dan kemudiannya Indonesia bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Rajagobal mengingatkan pemainnya agar melupakan kekalahan dengan Singapura dan menumpukan perhatian untuk menentang Laos

BERNAMA

Tuesday, November 27, 2012

ini komik


wikipedia anwar vs najib


Pas perlu jadi pilihan orang cina





NOTA : INGAT UMNO INGAT PERKAUMAN
              INGAT PAS INGAT DAP
              INGAT DAP INGAT PAS

PAS perlu jadi pilihan orang melayu


Parti PAS perlu jadi pilihan orang melayu yang dikatakan oleh timbalan ketua pemuda pas parit buntar iaitu saudara Nizam ishak.Apa benar kenyataan tersebut atau hanya untuk kepentingan untuk kemenangan pru13 ini nanti? Sudah terasa bagaikan bangsa melayu ini adalah bangsa asing dibumi parit buntar dengan kenyataan  sebegitu.Adakan ketuanan bangsa melayu terus gagah di parit buntar atau sama taraf dengan bangsa lain?

Apa yang bermain diminda PBR sekarang adalah meragukan dengan kenyataan sebegitu rupa ditambah dengan persekitaran kawasan parit buntar dengan penyokong cina/penyokong india disekitar parit buntar yang sangat agresif apabila berpolitik dengan menyokong parti pas.PBR pernah memasuki tempat atau pejabat persatuan penyokong cina pas parit buntar (pekan baru) sangat-sangat pelik kerana didalam kelab tersebut mempunyai peti ais yang yang dipenuhi beer (carlberg) yang tertera nota 'untuk ahli sahaja'

Dalam kekeliruan PBR cuba mendapatkan penjelasan mengenai barang baik didalam peti ais tersebut

PBR  : kenapa peti ais tu ada beer?'
Vickie : ini untuk chinese saja
PBR : u tau ini barang mana boleh ada sini ini parti islam gambar nik aziz ada sebelah lagi
Vickie : bukan melayu minum kita saja
PBR : penuh dalam peti ais u beli sendiri ka?
Vickie : jangan tanya la back to topic itu pasal accident.
PBR : okay
(vickie namanya klu tak silap saya perkara ini berlaku tahun lepas)

Apa yang pelik tak mungkin beliau mengeluarkan duit poket sendiri atau pun termasuk dalam peruntukkan yang diberi.Parti Pas adalah ideologi agama ISLAM apa yang hairan kenapa semua ini ada didalam kelab tersebut atau untuk jaga hati kaum cina sebegitu manja layanan yang diberi berbanding bangsa sendiri.kemungkinan kenyataan PBR dianggap fitnah atau anda boleh melihatnya sendiri PBR tak mungkin perbesarkan isu ini hanya untuk renungan dan fikirkan kenyataan ''PAS perlu jadi pilihan melayu'' tak perlu lihat isu luar buka mata tengok lah di PARIT BUNTAR sendiri.

ulasan dari Anuar reform


Mungkin kot, bila PR memerintah
Written by Webmaster   
MONDAY, 26 NOVEMBER 2012

ULASAN HARI INI : Apa kelainan PR jika memerintah?
PR memerintah – apakah semuanya akan menjadi pulih, rasuah hilang, rakyat akan menjadi sejahtera, semuanya percuma – pelajaran percuma – kesihatan percuma dan harga barangan akan jatuh mendadak – petrol murah – harga rumah murah – kemiskinan terhapus  – barangan utama murah serta rakyat Malaysia akan segera berjaya dengan pencapaian Melayu dalam perniagaan akan sampai sama dengan kaum Cina.
Adakah itu semua akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Adakah Islam akan subur dengan perundangan Islam, hukum hudud terlaksana di samping agama lain mampu berkembang sama – menjamin kaum lain mendapat semua hak yang serupa dan keadilan tersanjung lebih tinggi dari apa yang ada. Adakah itu semua akan berlaku!
Adakah apabila Pakatan Rakyat memerintah maka jawatan Perdana Menteri akan hanya disandang paling maksimum 2 penggal, ahli dewan rakyat dan parlimen akan bersuara lantang demi rakyat atau masih mengutamakan hasrat kepimpinan parti atau lebih dahsyat lain – agenda peribadi individu yang diutamakan.
Adakah PR akan menjanjikan bahawa kemudahan infrastruktur jalan – percuma dengan semua tol dihapuskan, semua pekerja tidak didiskriminasikan, semua rumah setinggan akan jadi setidak-tidaknya apartmen dan pangsa puri sederhana dengan bil air percuma seluruh negara dan bil elektrik akan diturutkan demi kesejahteraan rakyat.
Adakah mungkin keseluruhan kepimpinan PR akan menjadi rakyat biasa – sama-sama hidup dengan cara murah dan tidak lagi membawa kereta mewah dan makan di tempat-tempat 5 bintang untuk sama-sama merasai kedukaan rakyat?
Mungkin mereka akan bebas rasuah – tidak mengeluarkan surat sokongan dan tidak memberi apa-apa kemudahan kepada keluarga – tidak kronis – tidak nepotisme dan paling penting tidak rasuah.
Mungkin pasti – sakit kronik akan di beri kemudahan perubatan secara percuma dan tidak akan ada sesuatu pun yang akan menekan kehidupan rakyat bawahan. Semua ruangan perniagaan bebas dimiliki dan semua bebas berniaga atas hak kita rakyat Malaysia.
Mungkin satu kabar baik untuk peniaga sewaktu PR memerintah – penurunan cukai dan semua negeri akan mendapat hasil minyak dalam bentuk isolasi mengikut negeri.
Mungkin semua ini akan berlaku sewaktu PR memerintah – mungkin atau terlampau idealistik untuk dipercayai. Berpijak di bumi yang nyata.   

Monday, November 26, 2012

RAJAGOPAL APA KAU DAH BUAT? - ULTRAS MALAYA

PAS dan ideologi tegar


Ketaksuban di dalam ajaran Pas hari ini sesungguhnya telah meruntuhkan institusi intelektual di negara ini. Ideologi meletakkan golongan yang mereka stastuskan sebagai 'ulamak'sebagai kaum yang terbaik,terpelajar ,terhebat malahan sebagai satu barisan manusia yang tidak boleh ditegur atau dikomen menjadikan umat islam dan bangsa kita terkurung di dalam penjara ciptaan pas itu sendiri.

Sejak dari zaman kanak-kanak pra sekolah lagi,mereka telah memasak pendidikan "percaya kepada pemimpin mereka sebagai yang terbaik" di atas nama Islam, seandainya ianya tidak diikuti meraka akan diugut dengan meletakkan mereka itu di dalam golongan yang telah berdosa. Ini semua adalah untuk menjamin bahawa krisis kepercayaan kepada kepimpinan Pas tidak akan di cabar pada masa akan datang.


Fahaman yang ditanam di dalam jiwa anak-anak kecil ini serta asakan-demi asakan setiap hari disamping ulasan oleh media-media Pas itu sendiri menjadikan mereka yang mendapat pendidikan awal di tadika-tadikan milik parti itu sehingga dewasa sentiasa melihat orang lain di sekeliling mereka sebagai golongan yang sentiasa bersalah.

Inilah yang Pas lakukan sehinggalah ke hari ini, para graduan, cerdik pandai sekali pun gentar untuk menyoal kembali akan kebenaran, baik buruk yang dilakukan oleh kepimpinan mereka semata-mata kerana diugut dengan konsep kepercayaan dan hukuman dosa yang bakal mereka hadapi.

Bangsa Melayu seharusnya bangun sebagai para intelek yang terbilang, hebat dan dihormati. Sewajarnyalah bangsa kita yang beragama Islam menjadi barisan rujukan kepada intelak dariapada kaum-kaum yang ,lain. Tetapi sayang ramai intelek Melayu yang beragama Islam terperangkap di dalam jerat ciptaan parti pembangkang ini sehingga tidak mampu menilai dan melihat kebolehan mereka sendiri.

Dosa mempersoal tindakan pemimpin Pas atau lebih tepat dengan panggilan 'Tok Guru' ditempelkan di dalam kotak kepercayaan para pengikut parti itu sehingga mereka terlupa bahawa 'Tok Guru' mereka juga adalah manusia yang tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan.

Apakah mereka terlupa bahawa selepas wafatnya Rasulallah s.a.w ,tidak ada lagi makhluk yang bernama manusia yang terpelihara atau memiliki status maksum. Bukan ianya suatu tindakan menyeleweng?

Ramai penyokong Pas yang terlupa untuk melihat kembali sejarah awal kemerdekaan Malaysia. Golongan inteleklah yang menjadi tulang belakang seperti guru-guru,wartawan,cerdik pandai ke agamaan (bukan tok guru taksub) yang menjadi lidah penyampai kepada sebarang kesilapan di kalangan bangsa melayu pada waktu itu. Merekalah yang memperjudikan darah dan air mata untuk menjadikan bangsa melayu lebih bermaruah.

Sesungguhnya konsep dunia untuk golongan kafir semata-mata dan umat Islam hanyalah menanti kebahagian di akhirat nanti telah menjadikan bangsa Melayu dan umat Islam tertinggal jauh di belakang.

Para intelektual hari ini sememangnya berhadapan dengan halangan yang amat hebat daripada umat Islam sendiri. Mereka terpaksa berhadapan dengan sekelompok manusia yang menjadikan Islam sebagai perisai untuk kepentingan politik jumud mereka.

Pas sanggup melabelkan pelbagai gelaran yang jijik,hina kepada kepimpinan kerajaan khususnya UMNO kerana mereka percaya bahawa tidak mungkin para intelek yang berada di dalam parti itu berani untuk menyanggah sebarang kenyataan pemimpin parti itu kerana "kunci dosa dan pahala" berada di tangan mereka.

Pas sengaja mengajak umat Islam khususnya pengikut dan penyokong parti itu untuk tidak melihat kejayaan dan kecemerlangan negara di bawa payung Barisan Nasional dan UMNO agar mereka tidak dapat menilai antara kebaikan dan keburukan.

Kehebatan Putrajaya, kecanggihan Menara Petronas, kejayaan projek kereta Nasional, kemudahan perbankan Islam dan sebagainya kejayaan negara mengangkat martabat bangsa dan negara di mata dunia, tidak pernah Pas bayangkan kepada anak-anak kecil sehinggalah kepada golongan-golongan cerdik pandai yang bernaung di bawah ketiak parti itu.

Sebenarnya, kepimpinan Pas sedar semua ini,tetapi untuk menjamin kredit politik, mereka terpaksa memilih untuk menipu diri mereka sendiri dan juga pengikut dan penyokong mereka juga.

Sesungguhnya fahaman yang secara langsung menyekat aliran pemikiran para intelektual dari melihat yang putih sebagai putih dan yang hitam sebagai hitam adalah suatu tindakan yang merbahaya.Secara totalnya,ideologi Pas adalah seperti sebuah parti yang anti intelektual.

Bermodalkan Halal atau Haram Pas mendominasikan cara fikir para intelek Melayu Islam tanpa membolehkan para intelek ini menyoal kembali kesahihan, keburukan atau kebenaran sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh kepimpinan mereka. Sesungguhnya taktik mematikan daya fikir ini boleh memudaratkan iltizam dan wawasan negara.

Lalu, apakah parti yang selama ini menjadikan Islam sebagai perisai imiuniti 'ulamak' ini sesuai atau relevan lagi kepada pembangunan negara kita demi masa depan anak-anak bangsa dan maruah Islam sebagai agama sejagat, agama yang mahukan umatnya berada dipuncak kejayaan. Bukan sahaja kebahagian di akhirat tetapi juga kejayaan di atas dunia ini,kerana dunia adalah jambatan ke akhirat.

Sunday, November 25, 2012

Jelajah Merdeka Rakyat berjaya tarik 1 juta



MALAM tadi telah berlangsungnya Jelajah Merdeka Rakyat di Seksyen 24, Shah Alam yang membariskan penceramah-penceramah terhebat dengan autanya untuk menyampaikan fitnah, caci maki tentang BN kepada penduduk Shah Alam.

Kemeriahan majlis jelas terpamer dengan kehadiran jutaan manusia bersama pendamping masing-masing yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia biasa seperti kita. Barisan pemimpin kerajaan negeri sibuk bercerita tentang keburukan parti BN lebih dari kejayaan sendiri.

Nampak gambar diatas? Penuh satu padang dengan syaitan yang dikenali. Kalau tak nampak tu orang UMNO la tu... 

Selepas hampir 3jam ceramah berlangsung, tiba-tiba mc mengumumkan yang Anwar tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana dikhabarkan terpaksa ke Thailand secara tiba-tiba atas urusan peribadi. Yang lain aku tak ambil tahu sangat. Biarlah dia nak buat apa pun.

Yang penting majlis malam tadi berjaya menarik jutaan penghuni alam bunian bercampur dengan manusia yang hilang akal. Tahniah.


Saturday, November 24, 2012

UFB - Demokrasi - Mujahid Yusof Rawa Seleweng Ayat Quran..??

Umno cybertrooper


Jika dikaitkan umno dengan cybertrooper apakah gambar diatas PAS tidak menggunakan khidmat cybertrooper? oh maaf bukan cybertrooper tetapi UNIT IT PAS.Tugasannya sama seperti mana yang di hantam oleh PR  kepada media UMNO diantaranya ialah:

1.Membuat blog
2.Berkeliaran dalam Facebook 
3.Menyerang kenyataan umno
4.Menimbulkan kekeliruan
5.Mengalihkan tumpuan rakyat kepada penyelewengan kerajaan
6.Mengutuk kebaikkan melalui provokasi
7.Membela yang dilihat boleh membahayakan parti PAS atau PR

Ini bukan perkara baru berlaku hanya kerajaan yang dipimpin umno sahaja yang lambat pick-up dengan Gerakan saraf ini.Pada tahun 2002 PBR telah didedahkan dengan perkara sabotaj ini contohnya isu PLKN iainya dibayar dan apa yang penting KHIDMAT GUAMAN ADALAH PERCUMA dan UPAHnya agak lumayan.
Propaganda sebagai kerja seni itu adalah sebahagian tugas bagi aktivis yang berkeliaran di mana-mana negeri 
Jika hari ini kita nampak UMNO menggunakan khidmat cybertrooper iainya hanyalah sangkaan yang  lambat.Berbekalkan hanya dengan seorang guru iaitu ahli politik dan media (surat khabar untuk ahli sahaja) kita berjaya untuk selesa untuk melakukan kerja yang diarahkan.ianya ibarat seorang guru yang mengajar anak muridnya untuk menggunakan pistol untuk membunuh jika berlaku guru pun tanggung lah apa yang anak murid buat.

Anonymous #OpIsrael

Thanks unit AMAL

" Kepada semua ahli Unit Amal yang bertugas pada hari 428 Bersih 3.0 2012", "Terima kasih banyak-banyak",  Salute to all of you,  When injustice become law, membantah adalah tanggungjawab kita", dan "hidup hidup hidup rakyat".kata wong

Korban Demokrasi



Ada pejuang demokrasi Islam yang menggunakan senjata doa’ untuk menghadapi musuh kepartiannya.

Pejuang-pejuang atau tok guru-tok guru yang pernah menghadiri kursus untuk mendapat sijil agama ini kununnya ingin mengikuti sunnah para anbiyya ‘alaihi-mussalatu-wassalam yang juga berdoa’ ke hadirat Allah subhanahu-wa-ta’ala ketika menghadapi kezaliman dan permusuhan terhadap Risalah Agama yang dibawa mereka.

Sebagai mengikuti peruntukan sunnah berdoa’ yang diperuntukkan kepada golongan yang teraniaya dan dizalimi, mereka pun menggunakan peruntukan melalui jalan bida'ah di atas pentas demokrasi untuk menghancurkan dan membinasakan setiap seteru-seteru mereka yang dikira zalim oleh mereka. Sebagai contoh, jika poster pilihanraya mereka dikoyak oleh parti lawan, mereka akan berkumpul bersembahyang hajat dan mendoa’kan kebinasaan terhadap parti lawan yang dikira zalim dan penganiaya kerana mengoyak poster pilihanraya mereka.

Bagi mereka poster pilihanraya itu atau mungkin yang lain-lainnya seperti menifesto, adalah sama dengan Risalah Agama yang dibawa oleh para Anbiyya ‘alaihi-mussalatu-wassalam.

Persoalannya, adakah Risalah Demokrasi itu boleh disamakan dengan Risalah Agama ?.

Agama mengajar bahawa kebenaran itu hanya satu dan tidak akan berubah-ubah dari mula wujud manusia sampai akhirnya sedangkan demokrasi pula mengajar bahawa kebenaran itu berbilang-bilang berdasarkan bilangan undi dan berubah-ubah berdasarkan perubahan pendapat ramai dan jenis para pengundi. Jika majoriti pengundi atau sebahagian besarnya adalah berjenis kufur maka kebenaran akan dijadikan bersamaan dengan kekufuran oleh demokrasi. Bahkan, dalam banyak keadaan, kekufuran sentiasa mengatasi kebenaran didalam demokrasi. Kebenaran dan kekufuran boleh berubah-ubah dan saling tukar-menukar sebagaimana selera para pengundi juga berubah-ubah dan selalu tukar-menukar.

Jadi, neraca kebenaran Risalah Demokrasi yang dibawa oleh tok guru bersijil agama di pentas undi tidak sama dan tidak akan mungkin sama dengan Risalah Agama yang dibawa para Nabi-Nabi 'alaihi-mussalatu-wassalam.

Oleh kerana nilai atau neraca kebenaran yang ada pada Risalah Demokrasi itu bersifat sedemikian, doa’ mereka yang merasakan dizalimi dalam demokrasi hanya akan disahut oleh para pengundi dan pengkabulan doa’ itu dapat dilihat melalui jumlah undi yang bakal diperolehi kemudiannya.

Dengan sifatnya yang sebegitu, doa’ tok guru-tok guru demokrasi hanya akan berlegar-legar di ruang-udara di bawah langit di sekeliling para pengundi dan tidak akan menembusi langit dan mengatasi langit untuk menuju ke hadirat Allah subhanahu-wata’ala.

Laungan-laungan doa’ demokrasi hanya akan berakhir di ruang parlimen, itu pun jika disahut oleh para pengundi.

Friday, November 23, 2012

Bakal PM

Seorang perwakilan Pas berkata parti itu tidak perlu berkempen untuk pemimpin lain menjadi perdana menteri selain Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perwakilan Dewan Ulama' Pas, Hairun Nizam berkata, Abdul Hadi merupakan calon terbaik memegang jawatan perdana menteri sekiranya pembangkang berjaya merampas tampuk pimpinan negara pada pilihan raya umum ke-13.

"Anggota Pas seharusnya meletakkan keyakinan kepada presiden kerana beliau calon berkaliber menjunjung kepimpinan negara dengan dasar yang dirahmati. Bukan sengaja untuk menaikkan beliau, tetapi inilah calon terbaik memimpin negara mengikut lunas dan landasan Islam.

"Bukan sebaliknya berkempen untuk pemimpin lain yang tidak diyakini akan melaksanakan kepimpinan Islam di Malaysia," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada muktamar tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini hari ini.

Hairun turut mengingatkan pimpinan tertinggi Pas tidak memilih calon yang meminta jawatan atau melobi menjadi calon pada pilihan raya umum kerana perbuatan meminta jawatan tidak terdapat dalam Islam.

Sebaliknya calon dipilih melalui keikhlasan ahli yang meletakkan mereka sebagai calon, katanya

9/11 (ulang sahaja)

“Hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-muslim tetapi juga kepada orang melayu yang beragama Islam”

Inilah kenyataan yang mampu menyemarakkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati seluruh umat Islam yang diungkapkan oleh Izzah plural baru-baru ini ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility?” anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Lazer betul mulut si Izzah ni ye.

Selain Izzah plural, panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia, Malik Imtiaz, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar ,Mujahid Yusof Rawa Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura, Dr. Syed Farid Alatas, Penganjur BERSIH, Dr. Wong Chin Huat dan aktivis Kristian, Datuk Kenny Ng. Apa yang menyedihkan Cik Yah ialah Mujahid Yusof Rawa seorang ahli PAS yang kononnya memperjuangkan Islam mempertahankan Izzah plural ni.

Selain itu, macam biasalah pelakon airmata terhebat, Datin Seri Wan Azizah memulakan lakonan watak sedih seorang ibu yang kasihankan anaknya, Nurul Izzah yang berhadapan dengan serangan berbagai pihak akibat mengeluarkan kenyataan yang ‘politically incorrect’ bagi partinya, berkenaan kebebasan beragama bagi Umat Islam.

Wan Azizah menyalahkan media kononnya memutarbelitkan kenyataan anaknya dan kononnya ia adalah serangan politik dari pihak lawan sebagaimana yang dialami oleh suaminya ketika dituduh meliwat dan terlibat dalam pluralisme dan liberalisme. Si ayah pula (Anwar Ibrahim) pun turut sama-sama menjayakan drama tragis ni. Anwar beria-ia mempertahankan anak kesayangannya.


Walaupun Mujahid Yusof Rawa menyokong Izzah, ini tidak bermakna ahli PAS turut menyokong. Buktinya Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan , ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.

Rebutlah peluang


Nak tengok adakah Dewan Pemuda Pas, para pendemo Bersih 3.0, pejuang hapuskan PTPTN, ANAK, pendoa KO BN, yang kata UMNO murtad dan sewaktu dengannya yang duk berjihad nak jatuhkan UMNO/BN sanggup menyahut seruan ini?

Bagaimana dengan barisan Pemuda UMNO, Datuk Azeez dan Putera 1Malaysia, Perkasa dan NGO-NGO Melayu/Islam lain? Apakah sedia menyahut panggilan jihad ini?

Pilih Punk di klate

Belek instagram jumpa gambar ni ,yang sebenarnya mereka ini anak muda yang boleh diharapkan (alert) 
Sedang parti PAS sibuk mendoakan kehancuran parti UMno atau sedang sibuk mengatur orak ke Putrajaya,anak muda PUNK yang dibenci oleh masyarakat kelantan sendiri begitu prihatin terhadap mangsa digaza dengan memboikot restoran Mcdonald di kawasan kelantan.TAHNIAH diucapkan kepada anak muda kelantan ini.Segala usaha yang dilakukan semoga dapat dicontohi oleh masyarakat kelantan dan rakyat Malaysia.

Kelantan ada Mcdonald?
Kelantan ada jual Carlberg?
Kelantan UMNO yang perintah?
Ulamak tolong KELANTAN !!!

FITNAH FITNAH FITNAH
HANCUR HANCUR HANCUR
KAFIR KAFIR KAFIR
MURTAD MURTAD MURTAD

Masih kurang selesa


Lagi berita yang mengemparkan negara kerana bimbang kemenangan jentera beliau di PRU13 ini Anwar ibrahim terpaksa untuk mendapatkan bantuan luar.Bersih 3.0 yang dianjurkan oleh beliau yang dikatakan demokrasi ini masih diragui oleh saudara Anwar ibrahim dan sangat meragui sokongan rakyat malaysia terhadap beliau.Jadi apabila PRU13 ini PKR mengalami kekalahan apakah cerita yang bakal dicipta?

Kita tengok balik PRU12 yang dikatakan tidak bersih atau tidak amanah bagaimana beliau masih boleh menjadi ketua pembangkang,kelantan dikedudukan yang selesa,SELANGOR satu negeri yang kaya pun tertewas dengan BN?,penang,kedah pun ditangan pakatan rakyat.Sehinggakan mereka berpakat lagi untuk tanam UMNO kaw-kaw yang dikatakan tidak telus atau tidak bersih.
tak perlu taksub dengan mana-mana pemimpin kita gunakan logik akal untuk menilai setiap kepimpinan yang dibawa oleh mana-mana parti.

Ideologi politik yang rosak

Tidak Maknanya Tidak, Anwar - Bob Carr

Rakyat telah penat dan muak dengan laporan yang dibuat oleh ABC News terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap surat yang diberikan kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr untuk meminta pertolongan beliau bagi menghadapi PRU-13. Beberapa bulan lalu, Pengerusi Bersih,sebuah organisasi yang dikatakan berjuang untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil, Ambiga Sreevenasen telah ke Australia untuk membuat perkara yang sama. Dia telah meminta agar kerajaan Australia mengawasi piilhanraya di Malaysia. Permintaannya telah ditolak. Menurut Bob Carr,"Saya dapati bahawa pilihanraya di Malaysia adalah adil dan bersih -kerajaan tersebut telah kehilangan 2/3 majoriti di parlimen." Dengan itu, Ambiga terpaksa kembali ke Malaysia dan memberitahu Anwar bahawa Australia enggan mengawasi pilihanraya di Malaysia hanya untuk menjatuhkan imej kerajaan. Walaupun Ambiga sering menyatakan bahawa Bersih adalah organisasi bebas, Anwar tetap bertanggungjawab dalam memberikan segala arahan dalam demonstrasi mereka. Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain juga sering berada berdekatan dengan Ambiga bagi setiap demonstrasi Bersih. Namun, ketika Carr mengadakan lawatan ke Malaysia, Anwar sekali lagi bertanyakan perkara yang sama kepada beliau. Carr memberikan jawapan yang sama, tidak. Carr telah menolak permintaan Ambiga dan juga Anwar, termasuk kepada surat yang telah ditulis Anwar kepada Carr dan menurut ABC news, Carr telah menolak permintaan mereka sebanyak empat kali. Nampaknya Anwar tidak faham akan maksud 'tidak'. Mungkin itulah sebab mengapa dia dibicarakan sebanyak dua kali dalam kes liwat. Walaupun Anwar akhirnya akur dengan pendirian Carr, itu tidak menghentikan dia dari merosakkan cubaan untuk memburukkan imej kerajaan. Anwar mempunyai cita-cita dan ego yang terlalu besar yang tidak memungkinkan dia untuk berputus asa. Anwar ingin menjadi seseorang yang paling berkuasa di Malaysia. Untuk mencapai cita-cita tersebut, Anwar perlu menjatuhkan kerajaan terlebih dahulu. Dia pasti boleh berjaya dengan jumlah dana misteri yang banyak diterima sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan. Rakyat sering mendapat bantuan dari pihak kerajaan melalui subsidi-subsidi yang diberikan kepada mereka. Keamanan, keselesaan dan makanan adalah beberapa perkara yang dianggap sebagai kemudahan yang dapat dinikmati rakyat berbanding dengan negara-negara lain. Inilah yang membuatkan Anwar berang kerana dia tidak mampu untuk mengatasi pihak kerajaan dalam pilihanraya kerana kerajaan telah menjalankan kerja yang baik. Jadi, Anwar memerlukan pertolongan dari luar. Namun, dia perlu meyakinkan pihak luar bahawa rakyat memberikan sokongan penuh terhadapnya dan mereka mahu kerajaan diubah namun perkara tersebut tidak dapat dilakukan kerana sistem pilihanraya tidak adil dan bersih. Walaubagaimanapun, dengan kejayaan dalam menguasai empat negeri dibawah PR dalam pilihanraya lalu, tuduhan bahawa sistem pilihanraya kotor adalah sesuatu yang dibuat-buat dan hanyalah satu penipuan. Anwar adalah seorang penipu dan kini seluruh dunia mula sedar akan perkara tersebut.

Thursday, November 22, 2012

DIMURTADKAN


Hakikatnya Umno memang tak banyak berubah asyik dengan laporan polis laporan polis dan tak henti-henti berjuang untuk bangsa yang layu iaitu melayu,kesian bila tengok pejuang-pejuang diatas sibuk sangat nak memartabatkan bangsa melayu dan agama tuan rumah di Malaysia ni.
Kali ini ternampak mereka membuat laporan polis tentang isu menteri kelantan yang sangat ISLAMIC itu yang menyatakan ahli umno semuanya MURTAD.Ini mereka marah bak kata pepatah melayu 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga' (mungkin).Bila ditanya sinis kepada cikgu tie (jika tak silap saya) mengenai DOA MENGHANCURKAN ahli umno dia menjawab 'takpala Allah ada' lagi hakikat orang umno mereka ini langsung bukan bangsa yang melawan seperti mana parti pembangkang.
Bila difikir balik pada tahun 1999 parti PAS dah mula agresif dengan kenyataan-kenyataan yang boleh dianggap ekstrem seperti "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.Betapa tegas kenyataan beliau sehinggakan terlupa dengan perjuangan lama yang dahulu yang memerah keringat untuk memerdekan Malaysia.

P/s: Yang tersepit ialah penyokong tegar Pas yang cintakan perjuangan asal Pas dan akar umbi yang mahu pemimpin Pas lebih tegas dalam menunjukkan hala tuju parti itu.
FAKTA: Pada PRU Ke-12 pakatan pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen dan daripada jumlah itu Pas merupakan penyumbang tercorot iaitu 23 kerusi berbanding DAP 28 dan PKR 31.

Memurtadkan atau sudah NYANYUK?



Selalunya apabila seseorang telah masuk ke dalam fasa ‘nyanyuk’ maka banyak perbuatan-perbuatannya sudah tidak normal sebagaimana biasa.  Tutur katanya tidak akan diambil ‘pot’ oleh orang-orang di sekelilingnya.Itulah gambaran atau prosa sinis yang diberikan kepada Hero negara ini.
Berbanding dengan Nik Aziz apakah ianya didalam kategori 'tidak nyanyuk' dengan kenyataan 'UMNO MURTAD'   Kalau adapun berilah gambaran yang lojik sedikit.Ahli umno mempunyai 4juta lebih dimalaysia apa PAS juga sudah menggunakan 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA' seperti mana yang diguna pakai oleh PAKATAN RAKYAT? 

Secara logik akal atau fahaman remaja yang berumur dianatara 21 atas dan di bawah lingkungan 30an apakah ISLAM ini agama yang mudah atau BEBAN/KEJAM/PUTAR BELIT atau tanggapan lain-lain yang negatif? Apa boleh buat ikut suka andai mereka berpelajaran dari sudut agama? Apa kah yang bermain dalam kepala pemimpin yang membawa tiket perjuangan agama ini.
Masih tetap orang menilaikannya sebagai ulama yang disegani cakap orang yang sudah taksub dengan kepimpinan beliau.Maka tidak boleh diambil untuk dijadikan panduan.Oleh itu jika benarlah Mahathir sudah nyaynuk maka biarlah dia merapu bersendiri.Dan membiarkan NIK AZIZ  yang NYANYUK langsung itu terus meracuni minda yang ketaksuban  untuk kepentingan politik PAS.Dengan itu tidak payahlah membuat dosa dengan mengutuk beliau.  

HIDUP HIDUP HIDUP RAKYAT!!!
HIDUP HIDUP HIDUP PAS!!!
HIDUP HIDUP HIDUP LABELISME!!!
HIDUP HIDUP HIDUP UNMURTAD!!!
HIDUP HIDUP HIDUP POK NIK!!!

Wednesday, November 21, 2012

Sumbangan ANDA TERAMATLAH DIPERLUKAN


Sumbangan melalui SMS

Para dermawan juga boleh memberikan sumbangan melalui SMS. Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 / 5 / 3> (10 / 5/ 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)
2. Hantar ke 39111

Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Mulakan sekarang. Terima kasih atas sumbangan anda semua.

Mohon sebarkan.

Tentera Singapura Dibangunkan Sebijik Menyerupai Tentera Israel

Tentera Singapura Dibangunkan Sebijik Menyerupai Tentera Israel

Sunday, November 18, 2012

Peluang untuk ANDA masuk syurga.


Sistem DIRAJA atau HARGA MINYAK?


17.11.2012, Sabtu - Semalam 16.11.2012 Beribu-ribu orang menunjuk perasaan dan berarak beramai-ramai di Amman, Jordan menuju Istana Diraja Jordan untuk mengesa Raja Abdullah II meletakkan jawatan dan turun tahta ekoran kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak baru-baru ini.  Pihak berkuasa terpaksa mengadakan kawalan ketat untuk menghalang penunjuk perasaan yang berang daripada berarak dari Masjid Husseini ke Istana Diraja yang jaraknya hanya 5 batu sahaja.  Mereka berarak dan memegang kain rentang dengan slogan "Bermain dengan harga bermakna bermain dengan api", " Ini adalah pemberontakan sebenar menentang rasuah" dan "Tidak ada pembaharuan tanpa perubahan dalam politik dan ekonomi".Agensi berita AFP menganggarkan 10,000 orang terlibat dalam demonstrasi ini tetapi pihak penganjur menganggarkan seramai 25,000 menyertai tujuk perasaan ini.  Timbalan Ketua Pembangkang Ikhwan Muslimin, Zaki Bani Rsheid dalam kenyataannya kepada AFP memakklumkan bahawa semakin ramai akan menyertai tunjuk perasaan ini kerana dasar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan telah menolak tuntutan rakyat. Katanya keadaan ini tidak boleh dipandang remeh oleh kerajaan Raja Abdullah dan perubahan harus dilaksanakan segera sebelum iannya terlambat.

Para penunjuk perasaan menyatakan mereka telah merancang satu lagi tunjuk perasaan pada jam 19:00hrs berhampiran Kementerian Luar tetapi apabila tiba masanya hanya 100 orang sahaja yang hadir.  Kawasan berkenaan telah dikawal ketat oleh 2000 anggota polis anti rusuhan manakala 200 orang penyokong setia kerajaan beraja Jordan bertembung dengan kumpulan perusuh anti kerajaan menyebabkan kumpulan perusuh bersurai. Tunjuk perasaan bukan sahaja berlaku di ibu negara Jordan, Amman tetapi juga berlaku di beberapa tempat lainnya seperti di Kem Pelarian Palestin di Baqaa, Bandar Tafileh, Karak dan Selatan Maan serta Irbid dan Jerash hingga ke kawasan utaranya. Rasa tidak puas hati ini berpunca daripada pengumuman kenaikan 53% harga gas isi rumah dan 12% harga minyak Petrol. Gambar diatas menunjukkan para penunjuk perasan mengibarkan bendara yang tertera gambar Wira Revolusi Cuba, Che Guevara.

Disebabkan masalah yang melanda Jordan ini, Raja Abdullah telah membatalkan lawatan rasminya ke Britain yang dijangka akan diadakan pada minggu hadapan dan perkara ini telah disahkan oleh Menteri Luar Britain.   Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hallary Clinton pula telah membuat panggilan telefon kepada Raja Abdullah untuk menyatakan pendirian Amerika yang berdiri teguh dibelakang Jordan. Menurut pihak istana diraja, Clinton juga telah memberikan pelan cadangan reformasi politik dan ekonomi untuk Jordan serta menekankan betapa pentingnya perkongsian diantara Jordan-USA. Pihak Washinton yang membuat pantauan terperinci berhubung isu ini menasihatkan agar warganegaranya menjauhkan diri daripada penunjuk perasaan.  Arab saudi pula mengesa agar rakyatnya yang berada di Jordan agar tidak terlibat menyertai sebarang perhimpunan awam yang dianjurkan oleh pihak perusuh


AMMAN, Jordan — In a sign that the U.S.-backed kingdom of Jordan may yet be vulnerable to the "Arab Spring"upheaval, angry demonstrators Friday denounced King Abdullah II and his ruling circle as "Ali Baba and the Forty Thieves" and demanded swift reform or an end to the monarchy.
Across the country, demonstrators this week have been calling for the king's ouster, a demand previously muted in the strategically situated kingdom, which has mostly avoided the political tumult that has convulsed the region.
The protests at times have turned violent, resulting in at least one death. However, Friday's rallies of several thousand in Amman, the capital, seemed mostly peaceful, carefully monitored by gendarmes in full riot gear. Police separated protesters from small groups of pro-monarchy counter-demonstrators and vowed to use an "iron fist" against anyone inciting violence.
Some analysts already view Jordan's escalating protest movement as the gravest threat to date to the reign of Abdullah, who assumed the throne in 1999 upon the death of his father, King Hussein.

PROTEST!!!

Hacker Anonymous Serang Website Israel Akibat Serangan Israel ke Gaza.

Setelah melakukan serangan ke beberapa laman web pada 5 November lalu, kumpulan hacker Anonymous kembali membuat serangan dengan mensasarkan website Israel akibat serangan Israel ke Semenanjung Gaza.

Seperti yang ramai diketahui ramai, Israel kembali melakukan serangan ke Semenanjung Gaza untuk meningkatkan tekanan terhadap Hamas. Serangan ini membuatkan kumpulan hacker Anonymous merasa tidak senang dan sebagai balasan mensasarkan website Israel untuk diserang.

Menurut New York Times, Anonymous dikhabarkan telah mempersiapkan serangan DDoS (Distributed Denial of Service) ke 40 website Israel. Serangan DDoS sendiri adalah serangan untuk membuat pelayan sebuah website menjadi lumpuh atau offline dengan menghantar aliran traffic yang luar biasa untuk membuat server overload.

Kumpulan Anonymous ini telah membuat pengumuman serangannya di Pastebin dan menegaskan bahawa kumpulan Anonymous tidak berada di pihak Israel mahupun Hamas, tapi adalah sifat perihatin mereka terhadap anak-anak menjadi korban serangan Israel di Semenanjung Gaza.

“Anonymous tidak menyokong keganasan yang dilakukan oleh Israel atau serangan balas Palestin / Hamas. Perhatian kami adalah untuk anak-anak Israel dan Palestin serta hak orang yang tinggal di Gaza untuk menjaga jalur komunikasi dengan dunia luar, “kata Anonymous dalam pengumumannya.

Anonymous yang menyerang 40 website Israel itu dikhabarkan hanya beberapa sahaja yang berjaya. Tindakan Anonymous ini juga terjadi disebabkan penggunaan sosial media oleh Israel selama serangan berlaku di Semenanjung Gaza.

Israel juga menggunakan blog dan sosial media untuk menunjukkan video dan gambar kereta yang membawa pimpinan tentera Hamas, Ahmed Jabari yang berjaya diletupkan oleh IDF (Israeli Defense Force).