Nuffnang

Monday, December 17, 2012

''Tukar ke sarawak jika sokong kerajaan'' Harakah



“Saya Norhashimah Mohammad sekali lagi telah diugut oleh boss atas ditempat saya bekerja iaitu Jabatan Polis Diraja Malaysia…jika saya terus menyokong parti pembangkang, saya akan ditukarkan tempat kerja samaada ke Sabah atau Sarawak. Ugutan itu disampaikan melalui sepucuk surat yang diletakkan diatas meja saya..

Saya dengan ini menegaskan saya tidak akan berganjak walau seici pun pendirian saya terhadap sokongan saya kepada parti pembangkang khususnya parti PAS…walau diugut bunuh sekalipun..tahniah kepada boss dibalai tempat saya bertugas kerana sedia memuaskan nafsu menteri dalam negeri.

Dan disini saya ingi tegaskan ..kepada semua rakan-rakan dibalai tempat saya bertugas..semua kelakuan dan kerja buat kamu semua semasa dalam tugas..ada dalam simpanan saya..jadi kamu semua jangan nak enjoy dan rasa seronok sangat bila melihat saya mendapat warning letter…”


beberapa hari kemudian....


''Selepas melihat gambar saya telah disalahguna, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis demi menjaga maruah saya dan juga pihak polis diraja Malaysia. Menyedari artikel yang dimuat turun tersebut adalah lebih bertujuan menjatuhkan kredibiliti pihak polis diraja Malaysia. Ia juga jelas membuka ruang kepada pihak parti-parti politik yang terlibat saling menuding jari dan sekaligus memberi kesan negative kepada organisasi.

Saya mengambil kesempatan bagi menafikan segala penglibatan atau penggunaan gambar dan akaun facebook dalam laman sesawang facebook. Individu yang tidak dikenali tersebut juga dilihat membuka satu akaun fan page Norhashimah Mohammad bagi memberi gambaran buruk terhadap pihak yang terlibat''.


Begitulah luahan perasaan dan kebimbingan Zakiah Bt Musa pemilik sebenar gambar yang telah salah guna dalam laman sesawang facebook. Beliau yang berkhidmat sebagai jururawat desa di Rumah Seri Kenangan, Jejawi Perlis. Beliau juga sangat berharap agar pihak berwajib menyiasat individu atau kumpulan yang terlibat dalam penyalahgunaan gambar beliau yang boleh menjejaskan kerjaya beliau dan keluarga serta pihak polis khususnya.


No comments:

Post a Comment