Nuffnang

Wednesday, November 28, 2012

Rajagopal beri Harapan


KUALA LUMPUR — Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal bakal membuat perubahan besar apabila skuad Harimau Malaya menghadapi Laos dalam kejohanan Piala AFF Suzuki Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Beliau berkata beberapa posisi pemain perlu diperkuat bagi memastikan kemenangan.

“Saya tahu perlawanan menentang Laos adalah sangat penting dan sudah tentu fokus saya ialah untuk memungut tiga mata. Oleh itu saya akan membuat perubahan besar, tetapi saya tidak boleh memberitahu nama pemain yang akan diketepikan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus Kumpulan B di Seri Kembangan Selasa.

Setelah kalah 0-3 dengan Singapura sebelum ini, skuad kebangsaan mesti menang menentang Laos dan kemudiannya Indonesia bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Rajagobal mengingatkan pemainnya agar melupakan kekalahan dengan Singapura dan menumpukan perhatian untuk menentang Laos

BERNAMA

No comments:

Post a Comment