Nuffnang

Monday, November 26, 2012

PAS dan ideologi tegar


Ketaksuban di dalam ajaran Pas hari ini sesungguhnya telah meruntuhkan institusi intelektual di negara ini. Ideologi meletakkan golongan yang mereka stastuskan sebagai 'ulamak'sebagai kaum yang terbaik,terpelajar ,terhebat malahan sebagai satu barisan manusia yang tidak boleh ditegur atau dikomen menjadikan umat islam dan bangsa kita terkurung di dalam penjara ciptaan pas itu sendiri.

Sejak dari zaman kanak-kanak pra sekolah lagi,mereka telah memasak pendidikan "percaya kepada pemimpin mereka sebagai yang terbaik" di atas nama Islam, seandainya ianya tidak diikuti meraka akan diugut dengan meletakkan mereka itu di dalam golongan yang telah berdosa. Ini semua adalah untuk menjamin bahawa krisis kepercayaan kepada kepimpinan Pas tidak akan di cabar pada masa akan datang.


Fahaman yang ditanam di dalam jiwa anak-anak kecil ini serta asakan-demi asakan setiap hari disamping ulasan oleh media-media Pas itu sendiri menjadikan mereka yang mendapat pendidikan awal di tadika-tadikan milik parti itu sehingga dewasa sentiasa melihat orang lain di sekeliling mereka sebagai golongan yang sentiasa bersalah.

Inilah yang Pas lakukan sehinggalah ke hari ini, para graduan, cerdik pandai sekali pun gentar untuk menyoal kembali akan kebenaran, baik buruk yang dilakukan oleh kepimpinan mereka semata-mata kerana diugut dengan konsep kepercayaan dan hukuman dosa yang bakal mereka hadapi.

Bangsa Melayu seharusnya bangun sebagai para intelek yang terbilang, hebat dan dihormati. Sewajarnyalah bangsa kita yang beragama Islam menjadi barisan rujukan kepada intelak dariapada kaum-kaum yang ,lain. Tetapi sayang ramai intelek Melayu yang beragama Islam terperangkap di dalam jerat ciptaan parti pembangkang ini sehingga tidak mampu menilai dan melihat kebolehan mereka sendiri.

Dosa mempersoal tindakan pemimpin Pas atau lebih tepat dengan panggilan 'Tok Guru' ditempelkan di dalam kotak kepercayaan para pengikut parti itu sehingga mereka terlupa bahawa 'Tok Guru' mereka juga adalah manusia yang tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan.

Apakah mereka terlupa bahawa selepas wafatnya Rasulallah s.a.w ,tidak ada lagi makhluk yang bernama manusia yang terpelihara atau memiliki status maksum. Bukan ianya suatu tindakan menyeleweng?

Ramai penyokong Pas yang terlupa untuk melihat kembali sejarah awal kemerdekaan Malaysia. Golongan inteleklah yang menjadi tulang belakang seperti guru-guru,wartawan,cerdik pandai ke agamaan (bukan tok guru taksub) yang menjadi lidah penyampai kepada sebarang kesilapan di kalangan bangsa melayu pada waktu itu. Merekalah yang memperjudikan darah dan air mata untuk menjadikan bangsa melayu lebih bermaruah.

Sesungguhnya konsep dunia untuk golongan kafir semata-mata dan umat Islam hanyalah menanti kebahagian di akhirat nanti telah menjadikan bangsa Melayu dan umat Islam tertinggal jauh di belakang.

Para intelektual hari ini sememangnya berhadapan dengan halangan yang amat hebat daripada umat Islam sendiri. Mereka terpaksa berhadapan dengan sekelompok manusia yang menjadikan Islam sebagai perisai untuk kepentingan politik jumud mereka.

Pas sanggup melabelkan pelbagai gelaran yang jijik,hina kepada kepimpinan kerajaan khususnya UMNO kerana mereka percaya bahawa tidak mungkin para intelek yang berada di dalam parti itu berani untuk menyanggah sebarang kenyataan pemimpin parti itu kerana "kunci dosa dan pahala" berada di tangan mereka.

Pas sengaja mengajak umat Islam khususnya pengikut dan penyokong parti itu untuk tidak melihat kejayaan dan kecemerlangan negara di bawa payung Barisan Nasional dan UMNO agar mereka tidak dapat menilai antara kebaikan dan keburukan.

Kehebatan Putrajaya, kecanggihan Menara Petronas, kejayaan projek kereta Nasional, kemudahan perbankan Islam dan sebagainya kejayaan negara mengangkat martabat bangsa dan negara di mata dunia, tidak pernah Pas bayangkan kepada anak-anak kecil sehinggalah kepada golongan-golongan cerdik pandai yang bernaung di bawah ketiak parti itu.

Sebenarnya, kepimpinan Pas sedar semua ini,tetapi untuk menjamin kredit politik, mereka terpaksa memilih untuk menipu diri mereka sendiri dan juga pengikut dan penyokong mereka juga.

Sesungguhnya fahaman yang secara langsung menyekat aliran pemikiran para intelektual dari melihat yang putih sebagai putih dan yang hitam sebagai hitam adalah suatu tindakan yang merbahaya.Secara totalnya,ideologi Pas adalah seperti sebuah parti yang anti intelektual.

Bermodalkan Halal atau Haram Pas mendominasikan cara fikir para intelek Melayu Islam tanpa membolehkan para intelek ini menyoal kembali kesahihan, keburukan atau kebenaran sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh kepimpinan mereka. Sesungguhnya taktik mematikan daya fikir ini boleh memudaratkan iltizam dan wawasan negara.

Lalu, apakah parti yang selama ini menjadikan Islam sebagai perisai imiuniti 'ulamak' ini sesuai atau relevan lagi kepada pembangunan negara kita demi masa depan anak-anak bangsa dan maruah Islam sebagai agama sejagat, agama yang mahukan umatnya berada dipuncak kejayaan. Bukan sahaja kebahagian di akhirat tetapi juga kejayaan di atas dunia ini,kerana dunia adalah jambatan ke akhirat.

No comments:

Post a Comment